Kursus Microsoft Office

Latihan Dalam Kelas

Mudah

Tahu menggunakan ciri-ciri komputer dan file explorer

Gambaran Kursus

Kursus Microsoft Office ini terbuka kepada semua pihak, terutama sekali mereka yang baru mula belajar menggunakan komputer dan Microsoft Office. Microsoft Office ialah satu perisian yang boleh dilabel sebagai pakej, mengandungi pelbagai perisian yang sesuai untuk kegunaan sewaktu bekerja. Antara perisian asas yang disediakan termasuklah Microsoft Word, Excel dan PowerPoint. Kursus ini menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian yang terdapat dalam Microsoft Office dengan tujuan meningkatkan potensi mereka ke tahap yang baharu.

Di akhir kursus ini, peserta akan berupaya menggunakan semua fungsi asas perisian yang disediakan dalam Microsoft Office untuk melakukan kerja harian mereka dalam masa yang singkat, sekaligus meningkatkan produktiviti kerja mereka di tempat kerja.

Kenapa Anda Perlu Gunakan Microsoft Office?

Perisian Universal

Dengan adanya Office Mobile, anda boleh bertukar samada untuk mengakses melalui laptop atau telefon pintar anda. Tak perlu nak penuhkan tangan anda selepas ini kerana semuanya berada di hujung jari anda.

Akses Fail Anda Di Mana-Mana Sahaja

Dengan kewujudan Cloud, fail anda boleh diakses di mana-mana sahaja. Anda juga boleh mengakses menggunakan peranti yang berbeza, sekaligus memudahkan kerja anda jika anda tertinggal laptop di rumah.

Sistem Keselamatan Yang Kukuh

Dengan kadar serangan siber yang semakin meningkat, tidak hairanlah jika Microsoft menyimpan fail anda di pusat data mereka, dan mereka juga menjalankan real-time scan untuk memastikan fail anda sentiasa selamat.

Pelbagai Fungsi

Microsoft Office menyediakan Microsoft Word untuk anda membuat dokumen. Anda nak simpan data yang banyak? Guna sahaja Microsoft Excel. Ingin membuat slide pembentangan? Tak ada masalah, guna sahaja Microsoft PowerPoint. Semua ini beserta banyak lagi disediakan dalam Microsoft Office.

Hasil Kursus

Di akhir Kursus Microsoft Office ini, peserta akan dapat:

Menggunakan fungsi asas dan lanjutan yang disediakan dalam Microsoft PowerPoint untuk menghasilkan slide pembentangan yang menarik.

Menggunakan semua fungsi asas dan lanjutan dalam Microsoft Word untuk membuat dokumen dan flyers.

Menggunakan semua fungsi dan formula pada tahap asas dan lanjutan dalam Microsoft Excel untuk menyimpan, mengurus dan memanipulasi data dalam spreadsheet.

Siapa Yang Patut Menghadiri Kursus Ini?

Pelajar

Pekerja sektor awam dan swasta

Mereka yang baru mula menceburkan diri menggunakan komputer dan perisian Microsoft Office.

Kenapa Cari Tiga Perisian Yang Berbeza Untuk Pembentangan, Spreadsheet Dan Penghasilan Dokumen Jika Anda Boleh Dapatkan Semua Itu Dalam Microsoft Office.

Microsoft Office mengandungi Microsoft Word yang boleh digunakan untuk menghasilkan dokumen, Microsoft Excel untuk mengurus data dalam spreadsheet dan Microsoft PowerPoint untuk menghasilkan pembentangan dokumen atau projek.

Kenapa Kursus Microsoft Office Kami?

Sejak penubuhan MU DOT MY pada 2008, kami telah mengendalikan lebih 400 sesi kursus yang telah dihadiri oleh lebih 10,000 peserta, tempatan dan antarabangsa. Pelatih kami juga berpengalaman melatih peserta menggunakan pelbagai perisian Microsoft, antaranya Microsoft Office, Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint dan Microsoft Access.

Apa Yang Anda Akan Perolehi?

Pembelajaran Secara Langsung, Dikendalikan oleh Pakar

Pembelajaran secara langsung di kelas yang berkualiti tinggi, selesa serta disediakan kemudahan seperti komputer dan WiFi.

Mentor Persendirian

Dapatkan mentor yang berpengetahuan untuk membimbing pembelajaran anda dan fokus untuk menjawab sebarang pertanyaan, memotivasikan serta membimbing anda dengan baik.

Pembelajaran Secara Online

1 tahun akses kepada LMS beserta video dan buku panduan langkah demi langkah eksklusif daripada MU DOT MY PLT.

Sokongan Percuma

Dapatkan emel sokongan percuma selama 3 bulan selepas kursus. Emelkan kepada trainer kami bila-bila masa sahaja.

Baca lebih lanjut

Sijil Penyertaan Disediakan

Peserta akan menerima Sijil Penyertaan pada hari terakhir kursus.

Kursus Susulan

Kami akan menjadualkan 1 kursus susulan percuma untuk membantu anda meneruskan pembelajaran.

Baca lebih lanjut

Daftar Sekarang / Dapatkan Sebut Harga / Brosur Sekarang

Kursus Public/Dalam Talian

Peserta boleh menghadiri kursus di makmal komputer kami atau dalam talian. Bayar setiap seorang.

Kursus In-House

Peserta boleh menghadiri kursus ini di pejabat anda bila-bila masa, di mana sahaja. Bilangan peserta had 25 orang. Hanya bayar mengikut bilangan hari!

Sila isi borang pertanyaan di bawah untuk dapatkan sebut harga rasmi dan brosur. Lihat Soalan Lazim
Boleh Dituntut HRD Corp
MOF No: 357-02240271

Pra-Syarat Kursus Microsoft Office

Faham bagaimana untuk melancarkan/ run windows, taskbar, butang start, ciri-ciri bantuan, minimize, maximize, tutup windows, beralih antara fail dan folder.

Apa itu Kursus Public?

Peserta boleh menghadiri kursus di makmal komputer kami berdasarkan tarikh yang ditetapkan. Bayar mengikut bilangan peserta.

Tarikh: Lihat kalendar kursus kami

Lokasi: Makmal Komputer, MU DOT MY PLT (Subang Jaya)

Sukatan Pelajaran: Kandungan kursus yang telah ditetapkan

Apa itu Kursus In-House?

Anjurkan kursus ini di pejabat anda pada bila-bila masa. Hanya bayar mengikut bilangan hari!

  • Bilangan peserta had 25 orang sahaja

  • Tarikh kursus boleh dipilih oleh syarikat anda

  • Kandungan kursus boleh diubahsuai