Pada 26 November 2016, Komuniti JOMWEB dan Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) akan menganjurkan acara JomLaunch 4 yang akan diadakan di Telekom Malaysia Convention Centre (TMCC). Anggaran peserta yang akan menghadiri acara ini adalah 300 orang peserta.
JomLaunch merupakan platform untuk ahli komuniti JomWeb melancarkan sebarang produk yang melibatkan IT. Ianya bertujuan bagi membantu projek-projek komuniti, sumber terbuka, projek persendirian mahupun komersil dapat diketengahkan.
MU DOT MY PLT sekali lagi menjadi penaja dalam acara sumber terbuka seperti acara JomLaunch 4 ini. Acara ini mendapat banyak tajaan daripada organisasi terkemuka Malaysia. Antaranya adalah Telekom Malaysia, Grab Malaysia dan banyak lagi.
Bagi yang berminat bolehlah mula mendaftarkan projek. Perlu diingatkan bahawa projek mestilah sesuatu yang dibangunkan sendiri menggunakan teknologi dan pengaturcaraan.
Tarikh: 26 November 2016
Masa: 9 pagi hingga 5 petang
Tempat: Telekom Malaysia Convention Centre, Bangsar
Tiket: RM20
Untuk maklumat lanjut, sila ke http://launch.jomweb.my