Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

Seminar Jom Latih 2019

Seminar Jom Latih adalah salah satu platform bagi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) untuk berkomunikasi dengan majikan yang berdaftar, berkongsi pandangan dan maklumat terbaru tentang PSMB untuk pertukaran idea.

Seminar ini juga berfungsi sebagai platform untuk menyediakan peluang perniagaan antara penyedia latihan berdaftar dan majikan berdaftar di PSMB melalui pameran di mana penyedia latihan dapat mempamerkan program latihan mereka kepada majikan yang berdaftar di PSMB.

Seminar ini dianjurkan di Hotel Berjaya Times Square pada 22 Oktober 2019 yang bertemakan ‘Mempercepatkan Pembelajaran’.

Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) di Seminar Jom Latih 2019                                   MY HRDF / Facebook

Ia adalah pengalaman yang bermanfaat kerana Seminar Jom Latih dilaksanakan untuk merapatkan hubungan antara profesional dan memberikan maklum balas serta cadangan kepada PSMB. Ini bertujuan untuk meningkatkan minat menyertai kursus pembelajaran dalam kalangan majikan yang berdaftar dengan PSMB berkenaan pengetahuan baharu bahawa profesional dapat belajar di mana sahaja.

Ketua Eksekutif PSMB, Encik Elanjelian Venugopal                                                                                     MY HRDF / Facebook

Semua peserta dialu-alukan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Eksekutif PSMB, Encik Elanjelian Venugopal. Beliau berkata sejajar dengan pelancaran rangka kerja baharu, Seminar Jom Latih diadakan untuk memastikan majikan sentiasa mengikuti produk dan perkhidmatan terkini PSMB dengan penyertaan daripada pelbagai syarikat. Beliau juga menyatakan bahawa “PSMB mensasarkan untuk melatih lebih daripada satu juta pekerja tempatan tahun ini (2019).”

Perasmian Majlis Pelancaran

Majlis Pelancaran 'Contestable Training Market Framework'                                                             MY HRDF / Facebook

PSMB merasmikan majlis pelancaran ‘Contestable Training Market Framework’ untuk memastikan penambahbaikan kursus dan inisiatif latihan PSMB melalui mekanisme penilaian berstruktur dapat membantu pembelajaran dengan lebih berkesan dan efisien.

Pasukan MU DOT MY di Seminar Jom Latih

Pasukan MU DOT MY PLT di Seminar Jom Latih
Pasukan MU DOT MY PLT di Seminar Jom Latih
Pasukan MU DOT MY PLT di Seminar Jom Latih

Ramai peserta menunjukkan minat yang mendalam dalam e-Pembelajaran terutamanya ModernLMS yang meningkatkan pembelajaran dalam kalangan pekerja. MU DOT MY PLT menyertai acara ini sebagai exhibitor dan berhasrat untuk menghadiri acara seperti ini pada masa depan bagi menyatukan proses pembelajaran dan pendidikan.

Objektif utama kami adalah untuk mewujudkan pemahaman dengan lebih mudah mengenai platform e-Pembelajaran digunakan di syarikat. Kami mempunyai jurulatih yang berkaliber. Kami yakin dapat meningkatkan prestasi dan mutu perniagaan untuk melaksanakan digitalisasi dan e-Pembelajaran dengan pendekatan serta pembelajaran interaktif.

Ketahui kelebihan ModernLMS yang disesuaikan sepenuhnya berdasarkan enjin LMS no 1 dunia.

Kongsi artikel ini dengan rakan anda :

Facebook
Twitter
LinkedIn

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter