Kursus Keselamatan Internet

Kursus mandatori untuk melindungi institusi kerajaan, ketenteraan dan komersial dari serangan cyber.

Latihan Dalam Kelas

Mudah

Sesuai Untuk Semua Terutama Agensi Kerajaan, Ketenteraan dan Komersial

Gambaran Kursus

Kursus Keselamatan Internet adalah satu kursus yang diadakan bertujuan memberi kesedaran dan panduan kepada pengguna internet bagaimana untuk mencegah dan mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa serangan siber. 

Sepanjang kursus ini, peserta akan diperkenalkan dengan pelbagai taktik dan modus operandi serangan siber dan cara mengesan jika berlaku serangan siber. Peserta juga akan diajar bagaimana untuk menetapkan kata laluan akaun peribadi yang kukuh dan meningkatkan keselamatan dengan menggunakan perisian keselamatan seperti Google Authenticator. Dan peserta juga akan diberi bimbingan bagaimana untuk menangani situasi jika diserang.

Di akhir kursus ini, peserta akan dapat belajar cara-cara menjejak sebarang aktiviti melibatkan penggunaan internet yang mencurigakan. Selain itu, pengguna juga akan mampu menggunakan kata laluan yang kukuh untuk akaun mereka, dan mengawal data daripada serangan siber, sekaligus mengurangkan risiko kerosakan dan kerugian.

Satu ransomware yang ringkas mampu merosakkan syarikat anda

Ransomware adalah satu program berbahaya yang bertujuan mengunci fail pengguna, kemudian meminta tebusan dalam bentuk cryptocurrency untuk membuka fail tersebut. Ransomware disebarkan ke seluruh dunia dalam bentuk serangan siber yang di selaraskan.

Bagaimana ransomware beroperasi:

1

Satu popup amaran dari WannaCry akan keluar menyatakan fail itu dikunci

WannaCry mencari dan mengunci 176 fail berlainan melalui programnya.

2

Mangsa akan diminta membayar tebusan

WannaCry akan meminta mangsa untuk membayar wang tebusan sebanyak US$300 dalam bentuk bitcoin.

3

Bayaran tebusan akan digandakan selepas tiga hari

Dalam nota tebusan dinyatakan juga bahawa bayaran tebusan akan digandakan dalam masa tiga hari.

4

Jika tiada sebarang bayaran dibuat, fail tersebut akan dipadam

Selepas tujuh hari, jika tiada sebarang bayaran dibuat, fail yang dikunci tersebut akan dipadam.

Lihat Sendiri Berita Mengenai Ransomware

Pencegahan Serangan Phishing

Kebanyakan emel dibuka melalui telefon pintar, memberi scammer banyak peluang untuk melakukan serangan phishing. Oleh itu, Kursus Keselamatan Internet kami akan membimbing anda bagaimana untuk mengesan dan mencegah phishing pada emel anda.

Tahukah anda hacker boleh memerhati anda melalui webcam dan mikrofon anda?

Belajar bagaimana untuk melindungi webcam dan mikrofon anda daripada hacker

Kelemahan kata laluan pada emel dan kehadiran keylogger yang susah untuk dijejaki memudahkan hacker mengakses mesej dan data peribadi anda.

Keyloggers beroperasi di latar belakang peranti, bertujuan mencatat apa yang ditaip pada keyboard pengguna yang menggunakan peranti itu. Contohnya, ia akan mencatat turutan nombor yang kelihatan seperti nombor kad kredit, dan data seperti itu mempunyai risiko yang besar untuk disalahgunakan pada pihak, Server atau individu lain.

Backup data anda di Cloud dan lindungi data anda

Jika anda menggunakan komputer atau sebarang peranti internet untuk jangka masa yang lama, wujud risiko untuk berlaku perkara buruk dalam tempoh tersebut.

Contohnya, anda mungkin terpadam fail anda secara tidak sengaja, peranti anda tidak berfungsi, atau anda mungkin akan diserang oleh program berbahaya seperti ransomware. Backup selalunya akan menjadi tempat yang anda akan dapatkan semula fail anda yang hilang.

Kenapa anda perlu belajar mengenai keselamatan internet?

Mengurangkan Risiko Serangan Siber

Belajar mengenai modus operandi scam yang lazim berlaku bertujuan mencuri maklumat peribadi pengguna.

Peningkatan Keselamatan

Belajar bagaimana untuk meningkatkan keselamatan peranti anda, mengesan serta melaporkan aktiviti yang mencurigakan kepada pihak berkuasa.

Melindungi Reputasi Syarikat

Satu serangan yang berjaya menembusi sistem sekuriti syarikat anda boleh menjatuhkan kredibiliti syarikat, dan mewujudkan keraguan kepada pelanggan.

Bantuan Moral

Membantu memberi kesedaran kepada orang lain mengenai kepentingan keselamatan internet secara bijak.

Menjimatkan Masa Dan Kos

Membantu memberi kesedaran kepada orang lain mengenai kepentingan keselamatan internet secara bijak.

Mewujudkan Fikiran Yang Tenang

Polisi keselamatan yang kukuh dan kursus kesedaran keselamatan boleh mengurangkan risiko sistem atau peranti anda diserang.

Hasil Kursus

Di akhir Kursus Keselamatan Internet ini, peserta akan:

Siapa Yang Patut Menghadiri Kursus Ini?

Ini adalah Kursus Keselamatan Internet yang tidak melibatkan latihan teknikal, sesuai untuk semua orang yang menggunakan internet.

Majikan

Pekerja

Pelajar

Agensi Kerajaan

Pengguna Dari Rumah

Untuk semua orang yang menggunakan peranti elektronik dengan sambungan internet.

Untuk mereka yang ingin belajar tentang keselamatan internet dan peribadi.

Kenapa Pilih Kursus Kami?

Sejak beroperasi pada tahun 2008, kami telah mengadakan lebih daripada 400 sesi kursus dan melatih lebih 10,000 peserta. Kursus kami juga telah mendapat pengiktirafan dan kelulusan HRDF.

Apa Yang Anda Akan Perolehi?

Pembelajaran Secara Langsung, Dikendalikan oleh Pakar

Pembelajaran secara langsung di kelas yang berkualiti tinggi, selesa serta disediakan kemudahan seperti komputer dan WiFi.

Mentor Persendirian

Dapatkan mentor yang berpengetahuan untuk membimbing pembelajaran anda dan fokus untuk menjawab sebarang pertanyaan, memotivasikan serta membimbing anda dengan baik.

Pembelajaran Secara Online

1 tahun akses kepada LMS beserta video dan buku panduan langkah demi langkah eksklusif daripada MU DOT MY PLT.

Sokongan Percuma

Dapatkan emel sokongan percuma selama 3 bulan selepas kursus. Emelkan kepada trainer kami bila-bila masa sahaja.

Baca lebih lanjut

Sijil Penyertaan Disediakan

Peserta akan menerima Sijil Penyertaan pada hari terakhir kursus.

Kursus Susulan

Kami akan menjadualkan 1 kursus susulan percuma untuk membantu anda meneruskan pembelajaran.

Baca lebih lanjut

Bonus dalam kursus

Kami sediakan senarai semak amalan pencegahan terbaik secara percuma.

Daftar Sekarang / Dapatkan Sebut Harga / Brosur Sekarang

Kursus Public/Dalam Talian

Peserta boleh menghadiri kursus di makmal komputer kami atau dalam talian. Bayar setiap seorang.

Kursus In-House

Peserta boleh menghadiri kursus ini di pejabat anda bila-bila masa, di mana sahaja. Bilangan peserta had 25 orang. Hanya bayar mengikut bilangan hari!

Sila isi borang pertanyaan di bawah untuk dapatkan sebut harga rasmi dan brosur. Lihat Soalan Lazim
Boleh Dituntut HRD Corp
MOF No: 357-02240271

Apa itu Kursus Public?

Peserta boleh menghadiri kursus di makmal komputer kami berdasarkan tarikh yang ditetapkan. Bayar mengikut bilangan peserta.

Tarikh: Lihat kalendar kursus kami

Lokasi: Makmal Komputer, MU DOT MY PLT (Subang Jaya)

Sukatan Pelajaran: Kandungan kursus yang telah ditetapkan

Apa itu Kursus In-House?

Anjurkan kursus ini di pejabat anda pada bila-bila masa. Hanya bayar mengikut bilangan hari!

  • Bilangan peserta had 25 orang sahaja

  • Tarikh kursus boleh dipilih oleh syarikat anda

  • Kandungan kursus boleh diubahsuai