IR 4.0 Cloud Computing Untuk Perniagaan
- Penghantaran Kursus
Latihan Dalam Kelas
- 5 Hari
- Asas - Pertengahan
- Tahap Kesukaran
- PRA-SYARAT
Sesuai Untuk Semua
Gambaran Kursus
IR 4.0 Cloud computing untuk perniagaan adalah mengenai perniagaan yang didorong oleh data. IR 4.0 Cloud Computing menjadi sangat popular dengan perniagaan kerana ia menawarkan penjimatan yang besar dengan keselamatan yang tinggi, keupayaan yang besar dan membolehkan anda menguruskan sendiri servis penting untuk perniagaan anda. Pemilik perniagaan kecil yang ingin mengurangkan kos tanpa mengorbankan kemampuan mereka untuk melakukan perniagaan dan bersaing dengan syarikat yang lebih besar menggunakan cloud. Sekiranya anda bersedia menggunakan cloud untuk perniagaan anda, anda boleh bermula dengan kecil, supaya anda dapat melihat manfaatnya tanpa membuat perubahan besar pada operasi anda. Lama kelamaan, anda akan menemui cara baru untuk menggunakan dan mendapat manfaat daripada cloud.
Bagaimana kursus ini dapat membantu majikan dalam memulakan IR 4.0?
Cloud Computing sebagai sumber simpanan data yang ideal untuk percambahan dan penyelidikan dalam hubungan interconnectivity Industri 4.0.
Cloud computing adalah penting untuk perkembangan berterusan Revolusi Perindustrian Keempat.
Cloud tech membantu untuk mengumpulkan dan memusatkan maklumat untuk perniagaan anda,juga menawarkan platform untuk kerjasama sumber terbuka bagi mempercepat dan memperbaiki penyelidikan untuk keseluruhan keuntungan industri.
Hasil Kursus
- Keefahaman yang jelas tentang bagaimana teknologi cloud berfungsi
- Persiapkan contoh VPC Cloud perniagaan sendiri
- Setup dan map domains, sub domain untuk pelbagai proses perniagaan
- Persediaan sumber terbuka dan Client Relationship Management Software percuma di cloud
- Menyediakan analisis data besar di cloud
- Setup eCommerce store untuk Perniagaan
- Setup, backup dan restore pelbagai sistem termasuk data komputer dan perniagaan ke cloud
- Memahami dan melaksanakan dasar keselamatan cloud
Siapa Patut Hadir Kursus IR 4.0 Cloud Computing untuk Perniagaan ini?
IT Professionals
System Admins
Web Developers
Apa Yang Anda Akan Perolehi?
Pembelajaran Secara Langsung, Dikendalikan oleh Pakar
Pembelajaran secara langsung di kelas yang berkualiti tinggi, selesa serta disediakan kemudahan seperti komputer dan WiFi.
Mentor Persendirian
Dapatkan mentor yang berpengetahuan untuk membimbing pembelajaran anda dan fokus untuk menjawab sebarang pertanyaan, memotivasikan serta membimbing anda dengan baik.
Pembelajaran Secara Online
1 tahun akses kepada LMS beserta video dan buku panduan langkah demi langkah eksklusif daripada MU DOT MY PLT.
Sokongan Percuma
Dapatkan emel sokongan percuma selama 3 bulan selepas kursus. Emelkan kepada trainer kami bila-bila masa sahaja.
Baca lebih lanjut
Sijil Penyertaan Disediakan
Peserta akan menerima Sijil Penyertaan pada hari terakhir kursus.
Kursus Susulan
Kami akan menjadualkan 1 kursus susulan percuma untuk membantu anda meneruskan pembelajaran.
Baca lebih lanjut
Dapatkan Sebut Harga / Brosur Sekarang
Kursus In-House
Peserta boleh menghadiri kursus ini di pejabat anda bila-bila masa, di mana sahaja. Bilangan peserta had 25 orang. Hanya bayar mengikut bilangan hari!
MOF No: 357-02240271