Apakah itu PivotTable?

Apakah itu PivotTable?

PivotTable merupakan salah satu ciri yang hebat di dalam Excel. Ia akan menjimatkan banyak masa untuk meringkaskan set data anda yang besar dan terperinci menjadi satu laporan yang sangat bermakna.

Katakan anda mempunyai sebuah lembaran kerja yang mengandungi data jualan bulanan dan anda ingin tahu pelanggan dari kawasan yang mana mempunyai jumlah jualan tertinggi dalam bulan ini. Anda boleh dan sudah tentu akan melihat lembaran kerja tersebut dan menyusun secara manual dan mengira data dan membuat jadual baru yang diringkaskan.

Tetapi bagaimana pula jika data anda mengandungi beribu-ribu data dan juga beribu-ribu baris? Dengan menggunakan PivotTable boleh secara automatik agregat semua data dan mengira jumlah dengan hanya beberapa klik sahaja. Anda sentiasa boleh menukar bagaimana paparan rajah mengikut keperluan anda.

Anda juga boleh membuat PivotChart yang berasaskan PivotTable dengan mengunakan penyaring dengan secara mudah dapat membandingkan nombor-nombor ini. PivotChart akan mengemaskini secara automatik apabila anda melakukan PivotTable.

Ingin mempunyai pemahaman yang lebih baik untuk PivotTables atau PivotCharts? Mendaftarlah Kursus Microsoft Excel Lanjutan dengan kami untuk belajar lebih lanjut mengenai Excel dan pelbagai lagi ciri-ciri yang hebat.

Kursus Microsoft Excel Lanjutan yang akan datang adalah pada 13-14 Julai 2017.

Hubungi kami info@mu.my atau 03-8011 6639
Ketahui lebih lanjut http://mu.my/

X