Belajar sambil membina laman web WordPress bersama Institut Teknologi ANS

Institut Teknologi ANS telah menghantar tiga orang peserta daripada tiga kampus berlainan iaitu Kampus Alor Setar, Kampus Johor Bahru dan Kampus Kota Bharu bagi menyertai Kursus berasaskan Projek Laman Web WordPress.  Kursus ini telah diadakan selama tiga hari iaitu pada 9, 10 dan 11 Januari 2017 bertempat di MU DOT MY PLT.  Kursus ini telah dikendalikan oleh tenaga profesional kami, Cikgu Sam.

 

Peserta telah mempelajari pelbagai perkara mengenai pembangunan laman web WordPress. Antaranya ialah fungsi-fungsi yang terdapat di dalam WordPress, faktor-faktor keselamatan di dalam WordPress, pengurusan Plugin dan Tema, Asas CSS3 dan banyak lagi.

Sebelum menghadiri Kursus Laman Web WordPress di MU DOT MY PLT, Institut Teknologi ANS tidak mempunyai laman web, hosting dan juga e-mel.  Namun, pada akhir kursus peserta dari Institut Teknologi ANS dapat mencipta kesemua dengan jayanya.

Selain itu, peserta juga telah mengalami dan mempelajari banyak pengalaman yang bermanfaat yang boleh digunakan setelah tamat kursus.

Kursus Pembangunan Aplikasi Mobile (iOS & Android) bersama MIMOS Berhad

MIMOS Berhad telah menghantar 10 orang peserta untuk menghadiri Kursus Pembangunan Aplikasi Mobile (iOS & Android) selama 3 hari iaitu pada 15 Disember 2016, 4 & 5 Januari 2017 bertempat di Makmal Komputer MU DOT MY PLT, Subang Jaya

Objektif utama bagi Kursus Pembangunan Aplikasi Mobile (iOS & Android) adalah membolehkan para peserta untuk membina aplikasi telefon pintar dan mempakejkan ke 3 jenis platform. Aplikasi yang dibina boleh di hantar ke Apple Appstore, GooglePlay dan Windows Store.

Di hujung kursus, perserta Mimos dapat membina aplikasi yang menghubungkan ke database MySQL dan mempunyai ciri-ciri berikut;

Joomla! Code Sprint 2017: Sam Suresh akan ke London Januari 19, 2017

Tenaga pengajar kami, Sam telah mendapat jemputan oleh Joomla! untuk ke London pada 19 hingga 24 Januari 2017 untuk menghadiri code sprint dalam memajukan Joomla! dan bekerja dalam pasukan yang berbeza secara bersemuka.

Code sprint adalah sesi khusus di mana sekumpulan pembangun Joomla! bersama-sama di lokasi yang ditetapkan dan bekerjasama dalam membangunkan kod untuk projek Joomla!.

Menurut Sam, Sam dan pasukannya akan mengemaskini sistem yang diuruskannya dan menambah baik sistem sedia ada.

MU DOT MY PLT berharap agar Joomla! Code Sprint 2017 berjalan dengan lancar dan mendapat kejayaan besar dan mungkin dapat dilaksanakan di Malaysia pada masa akan datang.

Sam Suresh dengan Pasukan JoomShaper di JoomlaDay Malaysia 2016.

Selamat Hari Krismas & Selamat Tahun Baru

MU DOT MY PLT ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru kepada semua pelanggan dan peserta.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dan kebahagiaan pada tahun baru yang akan datang.

Pejabat MU DOT MY PLT akan ditutup bermula pada 24 Disember 2016 sehingga 2 Januari 2017 dan akan beroperasi semula pada 3 Januari 2016.

Penamatan perkhidmatan Domain

Berkuatkuasa 1 Jan 2017, MU DOT MY PLT akan tamatkan perhidmatan pendaftaran nama domain dan juga perhidmatan shop.mu.my.  Namun demikian, perkhidmatan Cloud Hosting masih ditawarkan seperti biasa.

Anda sebagai pelanggan tidak akan terjejas dengan keputusan ini kerana perkhidmatan domain anda akan disambung dengan penyedia perkhidmatan utama seperti biasa.

WordPress Meetup Kuala Lumpur, Malaysia 2016

Baru-baru ini, MU DOT MY PLT menjadi tuan rumah  WordPress Meetup Kuala Lumpur, Malaysia untuk 2016. Acara ini telah diadakan pada 10 Disember 2016 di Makmal Komputer MU DOT MY PLT, SubangJaya. 

Mereka yang menghadiri  WordPress Meetup Kuala Lumpur pada tahun 2016 adalah pemaju, pereka, dan penerbit WordPress bersama untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman, dan bertemu dengan pengguna WordPress di seluruh Malaysia dan di luar negara. 

Meetup WordPress Meetup terbuka kepada semua yang suka WordPress. WordPress Meetup untuk kali ini adalah pertemuan terakhir untuk 2016 dan WordPress  Meetup untuk 2017 dijangka akan diadakan pada Februari 2017. 

Meetup WordPress  Meetup sesuai untuk semua. Jika anda ingin meneroka WordPress, menggunakannya sebagai Blog, CMS atau sebagai platform, anda amat dialu-alukan untuk menyertai. 

Di akhir WordPress  Meetup Kuala Lumpur 2016, peserta sangat teruja dan gembira dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pengguna WordPress yang lain.

Kursus Microsoft Access Lanjutan – Kementerian Kesihatan Malaysia

Sekali lagi MU DOT MY PLT menjalankan Kursus Microsoft Access bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dari Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam.  Kursus ini telah diadakan selama 2 hari bermula dari 29 November 2016 hingga 30 November 2016 dan dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional kami, Sam Suresh.  Kursus ini  telah diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Read more

Program Bicara Ilmu – Mobile Apps Impak Kepada Koperasi

Maktab Koperasi Malaysia (MKM) telah mengadakan Program Bicara Ilmu pada 1 Disember 2016 yang bermula pada pukul 8 Pagi hingga 1 Petang.  Anggaran peserta yang hadir adalah seramai 150 orang.  Program ini adalah bertujuan untuk para koperator mendapatkan pendedahan mengenai mobile apps dalam meningkatkan tadbir urus dan aktiviti perniagaan koperasi serta dijadikan wadah komunikasi berkesan untuk koperasi.

 

Tenaga pengajar MU DOT MY PLT, Encik Sam Suresh telah menjadi salah seorang penceramah di Program Bicara Ilmu. Beliau menyampaikan ucapan bertajuk “Bagaimana Mobile Apps memberi impak kepada koperasi?”.  Ucapan bertenaga daripada beliau telah mendapat sambutan yang baik daripada peserta-peserta yang hadir. Antara topik-topik lain yang telah disampaikan adalah “1 Koperasi, 1 Mobile Apps” oleh koperasi Bekas Pelajar Sekolah Izzudin Shah Ipoh, Berhad dan yang terakhir sekali adalah Perkongsian Pengalaman: Sistem Pemasaran Efektif yang disampaikan oleh Anggota Koperasi OKB Berhad.

Objektif Program Bicara Ilmu adalah menerangkan kepada peserta mengenai aplikasi Mobile Apps. Seterusnya, memberi kefahaman dan pengetahuan bagaimana Mobile Apps dapat membantu ke arah pengurusan koperasi yang cekap dan ­eksibel. Peserta-peserta yang hadir adalah Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), pengurus dan kakitangan koperasi, pegawai-pegawai agensi kerajaan yang terlibat dalam pembangunan koperasi, anggota koperasi dan individu yang berminat.

Program Bicara Ilmu ini memberi impak yang baik kepada peserta-peserta yang hadir.  Diharapkan agar program seperti ini dapat diadakan lagi agar ilmu seperti ini dapat disampaikan kepada lebih ramai lagi.

Kursus Adobe After Effects bersama Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK)

Pada 21 November 2016 yang lepas, Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menghantar beberapa peserta untuk mengikuti Kursus Adobe After Effects yang diadakan di Pusat Latihan MU DOT MY PLT.  Kursus ini telah diadakan selama 3 hari dan dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional kami. 

Objektif bagi Kursus Adobe After Effects ini diadakan adalah pertama, peserta dapat memahami jenis pengesanan gerakan, termasuk menstabilkan shaky shot, melaksanakan penggantian tanda dan gerakan video pengesanan untuk menggabungkan grafik gerakan lancar.  Kedua, peserta dapat belajar untuk menjadikan mana-mana lapisan ke 3D serta mewujudkan lampu 3D dan kamera. Peserta juga dapat melihat pada depth of field dan sistem zarah 3D.  Ketiga, peserta dapat memahami skrip After Effects yang dipanggil expression.

Pada hari terakhir kursus, peserta daripada Majlis Perbandaran Kulim Kedah telah menunjukkan respon yang positif terhadap kursus yang diadakan.  Ini adalah kerana kursus ini sangat bermanfaat untuk digunakan di dalam skop kerjaya mereka.  Selain itu, pengalaman dalam menggunakan kesan skrin hijau adalah sangat berguna.

JomLaunch 4

Pada 26 November 2016, Komuniti JOMWEB dan Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) akan menganjurkan acara JomLaunch 4 yang akan diadakan di Telekom Malaysia Convention Centre (TMCC).  Anggaran peserta yang akan menghadiri acara ini adalah 300 orang peserta.

JomLaunch merupakan platform untuk ahli komuniti JomWeb melancarkan sebarang produk yang melibatkan IT. Ianya bertujuan bagi membantu projek-projek komuniti, sumber terbuka, projek persendirian mahupun komersil dapat diketengahkan.

MU DOT MY PLT sekali lagi menjadi penaja dalam acara sumber terbuka seperti acara JomLaunch 4 ini. Acara ini mendapat banyak tajaan daripada organisasi terkemuka Malaysia. Antaranya adalah Telekom Malaysia, Grab Malaysia dan banyak lagi.

Bagi yang berminat bolehlah mula mendaftarkan projek. Perlu diingatkan bahawa projek mestilah sesuatu yang dibangunkan sendiri menggunakan teknologi dan pengaturcaraan.

Tarikh: 26 November 2016

Masa: 9 pagi hingga 5 petang

Tempat: Telekom Malaysia Convention Centre, Bangsar

Tiket: RM20

Untuk maklumat lanjut, sila ke http://launch.jomweb.my

OWASP DAY KL 2016 – Malaysia

OWASP Malaysia telah menganjurkan OWASP Day KL 2016 di Kuala Lumpur, Malaysia bermula pada 15 November 2016 hingga 17 November 2016 dan berkolaborasi dengan UniKL-MIIT.  Acara tersebut telah mengumpulkan para ketua OWASP, pakar keselamatan, eksekutif-eksekutif, pemimpin pemikiran teknikal, pemaju, para saintis dan para penyelidik daripada Malaysia dan dari serata dunia bagi perbincangan lebih mendalam mengenai isu-isu keselamatan aplikasi canggih.  

Sidang kemuncak itu menarik penyertaan dari Malaysia dan organisasi global termasuk kerajaan, teknologi maklumat, perkhidmatan dan perundingan, telekomunikasi, kewangan, e-commerce, Internet, universiti dan institusi penyelidikan.  Kira-kira 200 orang telah menghadiri acara tersebut.  Tema bagi OWASP Day KL 2016 adalah “Ilmu Memperkasa Ke Arah Kesediaan Keselamatan”.

OWASP DAY KL 2016 telah mendapat tajaan daripada beberapa organisasi seperti MU DOT MY PLT, University Kuala Lumpur, Rapid7, Infoblox, BitDefender, Abyres, and CyberSecurity Malaysia.

Iwan Sumatri adalah naib pengerusi di R&D Id-SIRTII/CC (Indonesia Security Incident Response Team on Internet Infrastructure/Coordination Center). Beliau juga mempunyai pengelaman sebagai perunding di BUMN, Agensi Kerajaan dan sector swasta di Indonesia. 

Beliau telah berkongsi tentang pengalamannya mengendalikan insiden dan penyelidikan pada keynote beliau.  8 penceramah profesional menyampaikan ceramah mengenai teknologi terkini yang berkait dengan Cybersecurity.  Mereka adalah Encik Mohd Akmal Hj Ruslan (BitDefender), ASP Mohd Riduan Abd Majid (JSJK, PDRM), Encik Azril Rahim, Encik Walter Wong, Encik Melvim Lim, Encik Mohammad Zahir Mat Salleh, Encik Sina Manavi, and Encik Mohd Zabri Adil Talib.

Kursus Pembangunan Aplikasi Mobile (iOS & Android) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia

Seramai 20 orang peserta dari Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyertai Kursus Pembangunan Aplikasi Mobile (iOS & Android) di Pusat Latihan, MU DOT MY PLT. Kursus ini dijalankan selama 3 hari iaitu pada 14 hingga 16 November 2016 dan telah dikendalikan oleh tenaga pengajar professional kami.

 

Objektif utama bagi Kursus Pembangunan Aplikasi Mobile (iOS & Android) adalah untuk membolehkan para peserta untuk membina aplikasi telefon pintar dengan mudah TANPA PROGRAMMING dan mempakejkan ke 3 jenis platform. Aplikasi yang dibina boleh di hantar ke Apple Appstore, GooglePlay dan Windows Store. Contoh aplikasi hybrid yang boleh dibina ialah Aplikasi eBorang, Aplikasi Notifikasi, Aplikasi Geolokasi, Aplikasi Multimedia, Aplikasi Log Masuk, dan banyak lagi.

Rata-rata peserta kursus teruja dengan kursus yang dianjurkan kerana kursus ini amat berguna dan bermanfaat kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan perolehan data.

Beberapa tangkapan screenshots apps yang telah dibina oleh peserta MOH: