Exabytes Internet Marketing Summit 2019 (EIMS 2019) akan diadakan pada 8 Ogos 2019 di MaGIC Cyberjaya. Acara ini menyasarkan lebih 1000 orang peserta dan 35 orang penceramah dari industri pemasaran digital.
EIMS 2019 merupakan platform terbaik untuk anda berjumpa dengan pakar pemasaran digital selain untuk dapatkan berita terkini tentang trend pemasaran, platform, dan teknologi terkini.
Jadual EIMS 2019
Terdapat tiga trek program yang akan berlangsung serentak pada 8 Ogos 2019. Para peserta boleh memilih sesi kegemaran mereka.
Tenaga pengajar utama kami, Sam akan berucap di EIMS 2019 dengan topik “Building website with WordPress drag and drop page builder” pada 3.20p.m. (Workshop 1).
Kenapa perlu sertai EIMS 2019?
Rebut peluang
Sertai acara ini untuk berhubung dengan pakar eCommerce selain pelajari lebih banyak strategi dan penyelesaian untuk mewujudkan kehadiran dalam talian yang lebih kukuh di dalam dan luar negara.
Nota inspirasi
Semua pembentangan akan melalui proses semakan yang teliti bagi memastikan pembentangan mereka menghiburkan, bermaklumat dan memberi ilmu yang dapat dimanfaatkan di tempat kerja.
Kualiti, bukan kuantiti
Pemilihan peserta ditapis bagi memastikan setiap peserta dipilih kerana relevan, pengaruh dan pengalaman mereka dalam industri. Acara ini akan mengumpulkan ramai eksekutif tanpa perlu risau tentang jurang antara generasi.
Bertemu rakan kongsi
Siapa tahu anda mungkin dapat jumpa rakan perniagaan yang tepat untuk kembangkan perniagaan eCommerce anda? Datang ke bahagian pameran untuk berjumpa dengan rakan-rakan industri dan bertukar pendapat serta berkolaborasi.
Penaja EIMS 2019
Setiap tahun, EIMS disokong oleh ramai penaja dan rakan kongsi termasuk MU DOT MY PLT. Kali ini, kami akan mengambil bahagian sebagai Penaja Kategori Emas dalam acara ini.
Jumpa kami disana!
Selain berucap di EIMS 2019, kami juga akan menyertai pameran EIMS. Datang ke booth kami untuk ketahui lebih lanjut tentang Kursus Pemasaran kami (Google Ads, Google Analytics, SEO dan Jualan) dan dapatkan barangan terhad dari kami!
Kongsi artikel ini dengan rakan anda: