Dapatkan berita terkini dari kami!

Langgan newsletter kami dan dapatkan pemberitahuan dan kekal update.

Kursus akan datang

Jumpa Kami di WordCamp Asia 2020

WordCamp Asia 2020

Komuniti WordPress tebesar di Asia akan berkumpul untuk WordCamp serantau pertama di Asia

Tarikh     : 21-23 February 2020. 

Lokasi     : TRUE ICON HALL @ ICONSIAM, Bangkok, Thailand. 

WordCamp Asia 2020

Dalam masa kurang dari sebulan, sekitar 1400 peminat WordPress dari latar belakang berbeza, dari beginners, pereka web dan pemaju web sehinggalah ke webmaster, semua akan berkumpul di sini.

Salah seorang pengajur acara WordCamp Asia 2020 ini adalah pengajar dari MU DOT MY, Sam Suresh, dan beliau merupakan ahli Perwakilan Komuniti WordPress. Jika anda hadir ke WordCamp Asia 2020 ini, pastikan anda berhubung dengan beliau kerana ia akan menjadi satu sesi yang luar biasa. Pertemuan ini akan menjadi sangat seronok selain berpeluang bersemuka dengan semua orang dari sekeliling Asia.

Oleh kerana permintaan yang tinggi, tiket dijual dengan cepat dalam masa yang singkat. Tiket yang pertama dikeluarkan telah dijual sepenuhnya pada Disember 2019. Satu tiket tambahan bagi micro sponsor ticket dikeluarkan pada 11 Januari, 2020, tetapi dijual dalam masa kurang dari 15 minit, yang menunjukkan minat dan keterujaan masyarakat terhadap WordCamp ini. Pendaftaran bagi tiket percuma The Contributor Day dikeluarkan pada 9 Januari, 2020. Ia juga dijual dalam masa kurang dari 15 minit! Untuk mengatasi keadaan ini, tiket terakhir bagi tiket contributor day akan dikeluarkan pada 30 Januari, jam 22:00 waktu Bangkok.

WordCamp Asia ini dimulakan dengan Contributor Day pada 21 Februari 2020. Contributor Day ini sesuai untuk mereka yang tidak tahu apa-apa tentang WordPress. Jadual untuk WordCamp Asia ini telah dikeluarkan pada 13 Januari, yang disertakan semua acara lain yang akan berlangsung pada hari itu. Tambahan lagi, Conference Day dijadualkan berlaku pada dua hari akan datang iaitu pada 22 dan 23 Februari, 2020.

Terdapat 40 talk, 11 perbincangan ringkas dan perbincangan panel. Sesi yang paling dinanti-nantikan ialah ucapan utama dari Matt Mullenweg, pengasas bersama WordPress. Ini adalah berita gembira yang paling dinantikan oleh semua komuniti WordPress!

Selain daripada menyertai talk, para peserta juga boleh menikmati WordCamp pertama di Asia melalui aktiviti lain, seperti KidsCamp, Community Bazaar, dan Tribe Meetups. Ibu bapa yang menghadiri WordCamp Asia boleh membawa para si cilik anda  bersama-sama dan menikmati pembelajaran parents-child di bawah kelolaan beberapa pakar WordPress! Untuk menggalakkan lebih banyak interaksi, anda boleh mempamerkan komuniti tempatan atau online anda di Community Bazaar dan juga menyertai perbincangan Tribe Meetups.

WordCamps direka untuk semua orang yang berminat dan sudah menceburi bidang WordPress. Maka,  tidak ada sebab untuk tidak memberikan diri sendiri sedikit cabaran dan percubaan. Semakin banyak anda tidak tahu, semakin banyak anda perlu belajar dari pengalaman itu. Tidak ada cara lain yang lebih baik untuk memahami WordCamp secara keseluruhan dan untuk menghubungkan dalam komuniti yang anda mungkin tidak mungkin akan bertemu.

Kongsi artikel ini:

Facebook
Twitter