Pejabat kami akan ditutup sempena cuti akhir tahun dari 24 Dec 2015 hingga 3 Jan 2016. Kami akan beroperasi seperti biasa bermula pada 4 Jan 2016. Tahun 2015 sudah semakin hampir untuk melabuhkan tirainya, Kami ingin memberikan sedikit ulasan berkenaan dengan pencapaian MU DOT MY PLT sepanjang tahun 2015.
Dec 2015
MU DOT MY PLT melatih MAMPU memperbaharui laman web menggunakan Joomla CMS . MU DOT MY PLT dilantik sebagai coach dan bersama-sama membangunkan laman web rasmi MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Malaysia dibawah Jabatan Perdana Menteri).
Semakin ramai peserta yang mengikuti latihan! Lebih daripada 30 sesi latihan telah dijalankan dan sebanyak 200 orang telah dilatih bagi tahun 2015!
Sumbangan
- Kami menyumbang kepada persidangan Joomla World Conference (JWC 2015),
- Projek persijilan Joomla, JoomlaDay Malaysia 2015,
- Pek Bahasa Melayu bagi Joomla CMS dan Komuniti Joomla Malaysia
Oct 2015
MU DOT MY PLT telah menyertai Joomla World Conference 2015 di Bangalore India.
Perbentangan di JWC 2015
Tenaga pengajar kami terlibat dalam sesi perbentangan di JWC 2015 Bangalore India. Tenaga pengajar kami, Sam telah dipilih sebagai ketua pensijilan platform Joomla! Selepas 2 tahun menyumbang kepada projek Joomla, tenaga pengajar kami mengetuai kumpulan platform untuk membangunkan platform peperiksaan online untuk projek Joomla!.
Presiden Joomla! Sarah Watz melawat MU DOT MY PLT
MU DOT MY PLT menganjurkan Joomla! Day 2015 yang terbesar di Malaysia
July 2015
MU DOT MY @ Google
MU DOT MY PLT telah dijemput oleh pihak Google untuk menghadiri kursus kepimpinan mobile di Google Malaysia.
May 2015
iMoot Persidangan Moodle Antarabangsa 2015
Speaker kami Sam membuat pembentangan di iMoot 2015: Ubahsuai Aplikasi Moodle Mobile
Mar 2015
Kursus komuniti perniagaan online kami telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Negeri Sembilan!
Pensijilan kursus Google Analytics & Adwords
Feb 2015
Pengeluaran modul Joomla
Kami telah mengeluarkan 2 modul joomla bagi fungsi kebolehcapaian.
- MU High Contrast
- MU Text to Speech
Jan 2015
MU DOT MY dijenamakan semula sebagai MU DOT MY PLT selepas 6 tahun MU DOT MY menjadi perkongsian liabiliti terhad (LLP) dan memulakan perniagaan sebagai MU DOT MY PLT.
Kami ingin mengucapkan selamat menyambut cuti dan selamat tahun baru! Semoga tahu baru anda dipenuhi dengan keamanan, kasih sayang dan harmoni!