Selaras dengan pengumuman Kerajaan mengenai Akta Cukai Jualan dan Perkhidmatan 2018, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bermula 1 Ogos 2019. Kursus dan perkhidmatan yang disediakan oleh MU DOT MY PLT akan dikenakan SST dengan kadar standard 6% ke atas invois yang dikeluarkan mulai 1 Ogos 2019.
Nota:
- MU DOT MY PLT berhak untuk mengenakan 6% Cukai Perkhidmatan, mengikut Akta Cukai Perkhidmatan 2018 untuk perkhidmatan yang dibuat selepas 1 Ogos 2019 dan pembayaran perlu dibuat sebelum pelaksanaan perkhidmatan.
- 6% SST juga akan dikenakan untuk pelanggan bukan warganegara Malaysia yang mempunyai alamat bil yang didaftarkan di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai SST, sila layari laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menyemak status pendaftaran SST kami.
Nama Perniagaan: MU DOT MY PLT
Nombor Pendaftaran SST: B16-1907-3200001
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut berhubung perkara di atas, sila hubungi kami di talian 603-80116639 atau emel kami di hello@mu.my.