Majlis Anugerah Gemilang Maxis eKelas 2019 telah dilancarkan oleh Encik Al-Ishsal Ishak, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Menara Maxis pada 27 Mac 2019. Program pendidikan eKelas ini dijayakan dengan kerjasama Maxis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengumpulkan lebih 9,000 pelajar.
Apa itu Anugerah Gemilang?
Anugerah Gemilang merupakan skim Geran Pelajar dilancarkan pada August 2017 dibawah Maxis eKelas. Objektifnya adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar mencapai matlamat akademik dan mencungkil potensi mereka. Untuk memenuhi syarat anugerah tersebut, pelajar harus mencapai minimum satu peningkatan gred dalam dua atau ketiga-tiga mata pelajaran dalam program eKelas. Pelajar yang layak boleh memohon secara online dan menyerahkan keputusan peperiksaan akhir tahun, bagi tahun semasa serta tahun lepas, yang kemudiannya akan dinilai oleh Maxis. Permohonan yang pertama untuk Geran Pelajar ini dibuka pada bulan November 2017, dan majlis anugerah pertama diadakan pada bulan Mac 2018.
Bagi Majlis Anugerah Gemilang Maxis eKelas 2019, seramai 25 orang pelajar eKelas telah dianugerahkan berdasarkan pencapaian akademik mereka. Empat daripada mereka menerima wang tunai sebanyak RM1,200 dengan pek permulaan sekolah manakala penerima anugerah lain membawa pulang wang tunai sebanyak RM600 dengan pek permulaan sekolah.
Kriteria yang diperlukan bagi melayakkan diri untuk merangkul Anugerah Gemilang Maxis eKelas adalah pelajar perlu menunjukkan pencapaian dalam pelajaran dengan mendapatkan sekurang-kurangnya satu gred peningkatan dalam subjek yang dibekalkan dalam program eKelas: Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun atau keputusan PT3 dimana setiap peningkatan akan direkodkan.
Apa itu Maxis eKelas?
Maxis eKelas adalah program komuniti utama Maxis yang bertujuan untuk mencungkil potensi serta meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar di komuniti luar bandar. Ia adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah dengan penggayaan pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi akses kepada kandungan pendidikan berkualiti, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia
Portal eKelas dilengkapi dengan 4 ciri, seperti yang ditunjukkan dalam pameran “Kalau Nak Tahu, eKelaslah!”
- Live Tuition
- eKelas Portal
- eCikgu
- Activity Based Learning
Maxis eKelas dikhaskan untuk pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5, didedahkan dengan pembelajaran dan persaingan serta projek berkumpulan juga sesi motivasi oleh anak muda dan bakat cemerlang Maxis.
Portal eKelas memberikan cara pembelajaran baru dengan menghubungkan pelajar dan guru melalui:
- Sesi tutorial secara langsung
- Projek berkumpulan
- Video
- Pertandingan
Selain itu, Portal eKelas juga membantu dalam meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dan menyeronokkan seperti Ceramah Motivasi dan Kem Cuti Sekolah.
Kami telah dijemput menghadiri majlis berprestij ini sebagai tanda penghargaan mendekatkan pembelajaran digital kepada komuniti. Penglibatan MU DOT MY PLT dengan Maxis eKelas bermula sejak 2016 dengan memperbaharui teknologi dalam pembangunan Portal eKelas, live streaming dan konsultasi.