WordCamp Europe adalah persidangan WordPress terbesar di dunia. Acara tahunan ini terbuka kepada semua golongan, bertujuan untuk membina dan mengukuhkan hubungan antara komuniti WordPresss Eropah dan lain-lain. Acara ini merangkumi 2 hari Conference Day dan sehari Contributor Day.
WordCamp Europe, atau WCEU telah dianjurkan setiap tahun di negara-negara Eropah, dijayakan oleh sekumpulan sukarelawan terpilih dari komuniti WordPress. Pada tahun ini, acara ini bakal berlangsung di Berlin, Jerman pada 20-22 Jun 2019 di Estrel Hotel and Congress Center.
Kenapa perlu hadir ke WordCamp Europe?
Contributor Day
Contributor Day memberi peluang kepada peserta untuk menyumbang kepada komuniti WordPress. Ia akan berlangsung pada hari Khamis, 20 Jun 2019. Sepanjang hari tersebut, para peserta akan membuat penambahbaikan WordPress melalui pengekodan, penulisan, troubleshoot dan rancangan penambahbaikan untuk masa akan datang.
Conference Day
Lihat lebih lanjut tentang sesi persidangan yang telah dijadualkan pada hari Jumaat, 21 Jun 2019 dan Sabtu, 22 Jun 2019 dan sertai bengkel yang manarik minat anda. Seramai 63 jurucakap akan berkongsi tentang tips penting mengenai WordPress.
Jumpa dengan Pengasas WordPress
Inilah masa yang dinanti-nantikan untuk berjumpa dengan pengasas WordPress, Matt Mullenweg. Beliau terkenal dengan pembangunan perisian WordPress yang percuma dan sumber terbuka, yang kini diuruskan oleh The WordPress Foundation. Dengarkan ucapan beliau pada hari Jumaat, 21 Jun 2019, jam 2 petang.
Maklumat penerbangan ke WordCamp Europe
Tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Berlin namun anda boleh terbang melalui Singapore. Pada saat post ini ditulis, tiket penerbangan pergi balik dari Berlin adalah bernilai RM3100+.
Diskaun Penerbangan
Penganjur WordCamp Europe 2019 telah berjaya mendapatkan diskaun penerbangan. Jadi, dapatkan tiket penerbangan anda ke Berlin dengan diskaun istimewa dari Lufthansa.
- Pilih penerbangan Austrian, Brussels, Eurowings, Finnair, Lufthansa, SWISS.
- Mulakan perjalanan anda seawal 13 Jun 2019 dan tamat pada 29 Jun 2019.
- Tempah tiket sehala atau dua hala sebelum 22 Jun 2019.
Bagaimana menempah tiket penerbangan?
Lufthansa
- Klik: www.lh.com/event-flight-booking.
- Skrol ke ‘Event Code’.
- Masukkan DEZQWFJ, dan tekan ‘Proceed to Booking’. Anda perlu ke laman web WordCamp Europe, cari Lufthansa.com. Anda akan nampak harga diskaun penerbangan yang telah dimasukkan dan juga tambang promosi lain. Pelanggan Eurowings perlu ikuti link alternatif, kemudian teruskan dengan langkah 4.
- Masukkan destinasi, tarikh kelas penerbangan, dan mulakan carian.
- Terokai harga bagi kelas Ekonomi dan Bisnes dan pilih penerbangan pilihan anda untuk tempahan dan bayaran.
Diskaun Swag
Ingin dapatkan barangan WordPress? Buat pesanan awal barangan WordPress dan dapatkan POTONGAN 20% dengan kod kupon: WCEU2019
Jumpa Kami di Sana!
Inilah masanya untuk anda berjumpa dengan kenalan baru dan berbual bersama kenalan lama anda. Jangan lupa untuk sertai After Party yang bertemakan ‘Kembali ke tahun 80an’ untuk meraikan WCEU tahun ini.
Sam dari MU DOT MY PLT turut menjadi sukarelawan WordCamp Europe tahun ini. Jadi, sekiranya anda menghadiri WordCamp Europe 2019, sila berhubung dengan beliau.