WordCamp Europe 2019 di Berlin

featured image wceu 2019

WordCamp Europe telah memecah rekod sebagai konferensi WordPress terbesar di dunia. WordCamp Europe telah diadakan di Berlin, Jerman dari 20 hingga 22 Jun 2019 dan berjaya mengumpulkan seramai 2,743 orang pengguna WordPress daripada 97 negara.

attendees wceu 2019 berlin
Peserta di WordCamp Europe 2019

Ramai penaja dan penyumbang membantu dalam memastikan acara ini berjalan lancar. Menurut statistik, WordCamp Europe 2019 telah menarik lebih daripada 1.5 ribu pengunjung yang pertama kali menyertai WordCamp Europe dan sejumlah 210 penaja menyertai acara tahunan ini.

Sebanyak 3,260 tiket dijual hanya dalam tempoh beberapa minggu dan masih ramai lagi yang berminat untuk menghadiri WordCamp Europe. Jadi, sebagai alternatif untuk mereka yang ingin menghadiri WordCamp Europe 2019, mereka perlu mencari #WCEUTickets di seluruh saluran media sosial jika ada pemegang tiket yang ingin menjual tiket tersebut.

Terdapat 2,734 peserta memenuhi Estrel Hotel and Congress Center. WordCamp Europe turut menyediakan khidmat sukarelawan WCEU, yang memakai kemeja-t merah jambu terang, untuk membantu para peserta dari mula WCEU hingga akhir. Selain menyediakan khidmat sukarelawan, para peserta juga boleh datang ke Meja Maklumat untuk dapatkan pertolongan dan keterangan lanjut bagi sebarang pertanyaan, maklumat dan kehilangan barang semasa di WordCamp Europe. 

Hari Pertama: Hari Penyumbang

team-table-balloon-wceu-2019
Warna belon berbeza mengikut kategori kumpulan WordPress

WordCamp Europe 2019 bermula dengan Hari Penyumbang pada 20 Jun 2019 di Estrel Hotel, Berlin. Lebih daripada 500 orang peserta, yang diketuai oleh 37 orang peserta berpengalaman dan dibantu oleh pasukan penganjur serta sukarelawan. Daripada 500 orang peserta, seramai 169 orang yang pertama kali menyertai Hari Penyumbang.

Semasa Hari Penyumbang, pengguna WordPress dapat bekerjasama dengan pengguna WordPress baru dan sedia ada, menyumbang kepada WordPress dan belajar tentang pelbagai cara untuk terlibat dalam projek WordPress. 

Terdapat 25 kategori kumpulan WordPress; Aksesibiliti, Komuniti, PHP, JavaScript, Reka Bentuk, Hosting, Pemasaran, Telefon Mudah Alih, Sokongan, Latihan dan banyak lagi untuk sesiapa sahaja yang ingin terlibat dengan WordPress. Mereka berbincang dan gunakan kemahiran untuk menambahbaik platform WordPress selain menyelesaikan tugas praktikal yang diberikan. Hari Penyumbang ini menarik ramai orang dari latar belakang berbeza untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman WordPress mereka. 

Hari Kedua: Hari Konferensi

schedule-wceu-2019-02
Jadual Hari Konferensi
venue-map-wceu-2019
Peta lokasi

Jadual Hari Konferensi dipenuhi dengan 39 topik konferensi yang disampaikan oleh pakar WordPress termasuk Pengasas WordPress, pakar SEO, pengguna platform sumber terbuka, blogger, pemilik perniagaan dan CEO. Selain konferensi, terdapat 15 bengkel yang dijalankan semasa Hari Konferensi.

Sam on stage at WordCamp Europe 2019
Tenaga pengajar utama kami, Sam Suresh, di pentas Berlin
wceu-2019-global-lead
Pemimpin Global WordCamp Europe 2019, Milan Ivanovic
conference track 3 wceu 2019
Antara sesi konferensi di WCEU 2019
wceu 2019 workshop
Peserta menyertai bengkel WCEU 2019

Sepanjang dua hari konferensi, tajuk setiap pembentangan telah dibahagikan kepada beberapa kategori; kandungan, pembangunan, reka bentuk, perniagaan dan komuniti yang dihoskan di tempat yang berbeza. Peserta perlu memilih tajuk konferensi yang sesuai, mengikut fokus mereka. Setiap peserta yang hadir memberi perhatian sepenuhnya dan mencatat kandungan penting dalam pembentangan yang dikongsi supaya dapat membantu mereka dalam menggunakan WordPress. 

Pengasas WordPress: Matt Mullenweg

Pengasas WordPress, Matt Mullenweg turut menghadiri WordCamp Europe di Berlin untuk memberi penerangan tentang pengemaskinian terkini editor blok. Beliau merupakan penyumbang utama dalam plugin Gutenberg. Beliau berjaya menghasilkan plugin Gutenberg dengan ciri pengeditan dan pengujian yang pantas. Lebih daripada 150,000 siaran telah diterbitkan setiap hari menggunakan editor blok dan Mullenweg berkata, “Perjanjian untuk  pembangunan jangka masa panjang”, dimana kumpulan plugin Gutenberg dapat menggunakan peluang ini untuk mengatasi masalah dalam plugin Gutenberg dan menghasilkan sebuah plugin yang mudah digunakan untuk sejumlah besar pengguna.

Baca lebih lanjut tentang penerangan daripada Matt Mullenweg..

Hari Ketiga: Hari Konferensi & Parti

Hari Konferensi diakhiri dengan sebuah parti bagi menyambut kejayaan WordCamp Europe. Parti ini bertemakan “Kembali ke 80-an“. WordCamp Europe 2019 mencadangkan beberapa kedai untuk peserta menyewa kostum 80-an, menggayakan rambut dan mencari aksesori yang dipakai pada zaman 80-an. Pelanggan dan ahli komuniti WordPress serta pasukan enjin WordPress berkumpul di parti ini dengan gaya rambut, pakaian dan aksesori mereka, sesuai dengan tema “Kembali ke 80-an”.  

Tema “Kembali ke 80-an” ini telah membawa peserta untuk  mengingati sejarah di mana Pengasas Bersama WordPress, Mike Little menulis kod sumber terbuka pertama; Pengasas WordPress, Matt Mullenweg lahir pada tahun 1984 dan ramai penganjur WordCamp Eropah yang lahir pada tahun 80-an, termasuk Pemimpin Global, Milan Ivanovic dan Ketua Pemimpin, Bernhard Kau!

Ramai pengguna WordPress berkumpul dan mengenal antara satu sama lain dalam parti tersebut. Semasa parti, para hadirin diberi ruang untuk  bertemu dan bersuai kenal dengan pelbagai latar belakang pengguna WordPress dan keluar dari zon formal.

Kami berharap untuk berjumpa dengan lebih ramai pengguna WordPress Malaysia dalam WordCamp dan WordPress Meetup yang akan datang, sama ada dalam negara atau luar negara. Jika anda berminat untuk mula menggunakan WordPress, anda boleh sertai Kursus WordPress Professional​ dan belajar dengan tenaga pengajar utama kami yang sangat berpengalaman dalam WordPress. Beliau telah menghadiri banyak acara WordPress di peringkat tempatan dan juga antarabangsa, sebagai penaja dan juga pembentang.

Rasai suasana WCEU 2019

WCEU seterusnya di Porto!

WordCamp Europe telah mendapat destinasi baru! Untuk edisi kelapan ini, WCEU akan berlangsung di Porto, Portugal pada 4-6 Jun 2020. Semua acara, termasuk Hari Penyumbang, dua Hari Konferensi dan Parti, akan berlangsung di Porto. Klik untuk maklumat lanjut.

Belajar cara membina laman web menggunakan WordPress

Daftar Kursus WordPress Professional​ dan jimat RM80 dengan kod kupon WORD. Sah sehingga 31 Dis 2019.

Perkongsian Alat Keusahawanan Digital Terkini Oleh Google

Pada hari Khamis, 20 Jun 2019, MU DOT MY PLT telah dijemput untuk menghadiri Google Talk di Google Malaysia. Ini adalah satu sesi persidangan perkongsian sempena Minggu Teknologi Malaysia yang dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Sekitar 50 orang menghadiri acara tersebut.

Perbincangan perkongsian yang dinamakan ‘Sharing of Latest Digital Entrepreneurship Tools by Google’ itu disampaikan oleh Flo Yeow, seorang Sr Account Strategist di Google Malaysia. Perbincangan itu tertumpu kepada empat topik termasuklah Google My Business, Google Ads, Smart Shopping Campaign dan YouTube Ads.

Jadual acara ini diisi dengan sesi pitching, bertemu dengan pelabur, bengkel, acara pelancaran, pertunjukan satelit, makmal developer, ceramah, diakhiri dengan night crawl dan sesi networking setiap malam. Minggu Teknologi Malaysia merangkumi pelbagai topik termasuk proptech, e-commerce, Blockchain, Ekonomi Digital Islam, teknologi fesyen, fintech dan banyak lagi di pelbagai lokasi seperti Wework, Common Ground, Dojo KL, WORKQ, Wotso, Orbit dan Co -lab

Google My Business

Kini, semua orang boleh mendapatkan profil perniagaan mereka di Google secara percuma. Profil Perniagaan ini muncul tepat apabila orang lain mencari perniagaan pengguna Carian Google atau Google Maps. Google My Business memudahkan pengguna untuk membuat dan mengemas kini Profil Perniagaan mereka – supaya perniagaan mereka dapat menonjol, dan menarik pelanggan masuk.

  • Bina laman web percuma dalam beberapa minit. Google My Business memudahkan pengguna untuk membuat laman web. Laman web akan dijana secara automatik berdasarkan info dari Profil Perniagaan pengguna, dan pangguna boleh mengubahsuai dengan teks, gambar dan tema reka bentuk.
  • Tarik minat pelanggan dengan berkongsi maklumat yang berguna. Jadikan ia sebagai aset setiap kali seseorang mencari perniagaan anda di Carian dan Maps. Menyimpan Profil Perniagaan yang segar menjadi sangat mudah dengan post dan foto baru, waktu bekerja yang bebas dan laman web percuma. Pengguna juga boleh mengemas kini menu produk / perkhidmatan mereka dalam Profil Perniagaan.
  • Pastikan pelanggan anda mendapat info dan berita terkini. Beri insentif kepada orang ramai untuk melawat – berkongsi berita terkini, acara istimewa atau tawaran supaya mereka tahu apa yang berlaku dan bila.
  • Libatkan diri secara online untuk menjamin kesetiaan pelanggan. Bina hubungan yang kuat dengan mereka yang paling penting. Mulakan perbualan dengan pelanggan secara memberi respon kepada mesej mereka dan memberi ulasan.
  • Belajar bagaimana pelanggan mencari anda. Ketahui bagaimana pelanggan berinteraksi dengan Profil Perniagaan anda. Bagaimana orang ramai menemui anda? Dari mana mereka datang? Dengan Google My Business, anda bole mencari semua jawapan di sini. Ketahui panduan perniagaan untuk membantu menonjolkan perniagaan anda.

Mahir Digital Bersama Google

Belajar kemahiran paling penting secara percuma, melalui bengkel in-person yang dibangunkan untuk perniagaan rakyat Malaysia.
Daftar untuk bengkel ini di Kuala Lumpur. Semua bengkel ini akan dikendalikan oleh pelatih yang diluluskan Google. https://events.withgoogle.com/mahir-digital/

Kempen Tempatan

Kempen tempatan diadakan untuk menggalakkan penggunaan Google Advertising untuk membawa perniagaan ke storefront anda. Kempen tempatan melancarkan proses untuk anda, memudahkan anda mempromosikan kedai merentas hartanah terbesar Google termasukGoogle Search Network, Maps, YouTube dan Google Display Network. Hanya tambah beberapa baris teks, tawaran, beberapa aset, dan selebihnya dioptimumkan untuk membantu pengguna anda menemui anda.

Kempen Smart Shopping 

Smart Shopping Campaign adalah format baru dalam Google Ads. Kempen Smart Shopping menampilkan iklan Produk dan iklan paparan Produk (termasuk iklan pemasaran paparan), dan menggunakan penempatan dan pembida iklan automatik untuk mempromosikan produk dari suapan produk di seluruh rangkaian Google.

Iklan YouTube 

YouTube adalah saluran TV terbesar di Malaysia. Flo menerangkan betapa pentingnya pengiklanan di saluran YouTube dan bagaimana untuk menarik perhatian pengguna anda yang paling berharga dengan menggunakan data dan alat Google. Beliau juga menunjukkan beberapa contoh iklan video yang bagus dan bagaimana untuk menarik perhatian penonton dalam iklan video YouTube. Terdapat butang yang direka untuk penonton menekan dan mengakses dengan serta-merta (contohnya: beli sekarang, butir periksa, lawati laman web dan lain-lain).

Belajar AutoCAD

autocad-2d-3d-featured-image

AutoCAD adalah perisian atau aplikasi bantuan komputer yang digunakan untuk membuat lakaran 2D dan 3D. Dengan hanya menggunakan satu set kelengkapan termasuk sebuah komputer dan mesin pencetak lukisan, AutoCAD mampu menghasilkan lukisan kejuruteraan yang tepat, menjadikan kerja lebih mudah dan pantas.  

Perisian ini sering digunakan oleh para jurutera, pereka bentuk, pelukis pelan dan pelajar-pelajar kolej untuk menghasilkan pelan bangunan; mewujudkan dan mengubah suai sistem kawalan elektrik untuk reka bentuk elektrik; pelan pemeriksaan bangunan dan susun atur landskap.

Tenaga pengajar kami memaksimumkan usaha mereka untuk membantu peserta menghasilkan pelbagai model 2D dan 3D termasuk pengangkutan, penginapan, mesin, perabot yang digunakan dalam seni bina, elektrik, mekanik, tumbuhan dan penghasilan peta.

Kursus AutoCAD sesuai untuk siapa?

Kursus AutoCAD sangat penting terutamanya kepada jurutera, pereka, arkitek dan pembuat permainan video. Ia membantu pereka dan jurutera awam untuk merekabentuk, menganalisis dan menyelesaikan masalah dengan menghasilkan reka bentuk yang tepat seperti reka bentuk kereta api, jalan raya dan lebuh raya, pembangunan tanah, lapangan terbang dan saliran. Kursus AutoCAD ini juga sesuai bagi sesiapa yang berminat untuk membina reka bentuk dinamik dan menghasilkan reka bentuk objek anda.

Apa yang anda pelajari dalam Kursus AutoCAD?

Dalam kursus ini, peserta akan diberi pendedahan tentang bagaimana untuk menggambarkan reka bentuk mereka dan menguji reka bentuk tersebut melalui simulasi. Selain itu, peserta juga dapat pelajari perbezaan antara jenis perisian pemodelan 3D yang tersedia seperti pemodelan pepejal, pemodelan permukaan dan sculpting. Peserta juga akan diberitahu bagaimana untuk memilih alat yang betul dan menggunakan komponen utama dalam perisian AutoCAD untuk meningkatkan produktiviti.

Kursus berkonsepkan “Belajar Sambil Buat” membantu peserta memahami dan mengingati kemahiran yang dipelajari dengan lebih berkesan. Kursus ini memastikan para peserta mendapat kemudahan  berinteraksi dengan pengajar serta dapat pengalaman pembelajaran yang memuaskan dan menyeronokkan.

Daftar Kursus AutoCAD sekarang!

Daftar online hari ini dan dapatkan diskaun 3%. Gunakan kod kupon GET3. Sah sehingga 31 Disember 2019.

Sertai Exabytes E-commerce Conference 2019

eec-2019-exabytes-featured-image Exabytes eCommerce Conference EEC 2019

Exabytes eCommerce Conference (EEC) akan berlangsung pada Jun ini! Inilah platform terbaik bagi anda yang ingin dapatkan pandangan pakar, temui trend utama dalam pelbagai aspek perdagangan digital disamping bertemu guru dan rakan industri serta kembangkan rangkaia profesional anda. Jumpa anda disana!

Siapa yang akan menghadiri EEC 2019?

Acara ini sesuai begi mereka yang bekerja dalam industri ecommerce dengan peranan berikut:

Kenapa perlu hadir ke EEC?

EEC 2019 berfokuskan kepada perniagaan, trend, strategi pemasaran dan teknologi eCommerce yang semakin meningkat dalam era digital ini (Automated eCommerce) bagi memastikan peningkatan jualan dalam talian.

Sebarang idea boleh menjadi kenyataan malah syarikat kecil juga boleh menjadi syarikat global. Sertai acara ini untuk berhubung dengan pakar ecommerce dan pelajari lebih banyak strategi dan penyelesaian bagi meningkatkan pengguna online dari dalam dan luar negara.

Semua pembentangan melalui proses semakan yang ketat bagi memastikan pembentagan mereka menghiburkan, informatif, dan boleh menjamin anda lakukannya sebaik sahaja kembali bekerja. 

Kualiti acara ini dijaga dengan memastikan memastikan setiap peserta dipilih kerana relevan, pengaruh dan kekananan mereka dalam industri. EEC adalah perhimpunan eksekutif terkemuka yang penting. 

Siapa tahu anda mungkin mencari rakan perniagaan yang tepat untuk mengembangkan perniagaan eCommerce anda? Kunjungi pameran untuk berjumpa dengan rakan-rakan industri, bertukar penyelesaian dan mencipta kerjasama. Gunakan peluang ini untuk kembangkan rangkaian perniagaan anda!

exabytes-internet-marketing-summit-2018
Kredit foto: Exabytes (MY) Official Blog

MU DOT MY PLT merupakan salah satu daripada senarai penaja acara ini. Sebagai pembekal kursus ICT, kami menawarkan latihan praktikal berkualiti tinggi kepada agensi kerajaan, korporat, sektor swasta, individu serta pelanggan antarabangsa. Kami memastikan anda menerima pengalaman pembelajaran yang memuaskan dengan penyediaan ruang pembelajaran yang sangat selesa bagi pengajaran yang efektif, berkualiti dan memudahkan interaksi bersama pakar!

Kami juga menyediakan Kursus WordPress eCommerce bagi sesiapa yang ingin meningkatkan jualan mereka ke tahap maksimum. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan WordPress eCommerce, jumpa kami disana!

KONGSI artikel ini dan Dapatkan Tiket Alpha Zone!

Tulis di media sosial “Saya ingin menghadiri EEC 2019 kerana…”

Sila tag kami, @mudotmy di Facebook dan Twitter, @mudotmyplt di Instagram. 
10 ayat yang paling kreatif di Facebook, Twitter dan Instagram bakal menerima Tiket Alpha Zone (RM129) SECARA PERCUMA

Sertai WordCamp Europe 2019 di Berlin

WordCamp Europe adalah persidangan WordPress terbesar di dunia. Acara tahunan ini terbuka kepada semua golongan, bertujuan untuk membina dan mengukuhkan hubungan antara komuniti WordPresss Eropah dan lain-lain. Acara ini merangkumi 2 hari Conference Day dan sehari Contributor Day.

WordCamp Europe, atau WCEU telah dianjurkan setiap tahun di negara-negara Eropah, dijayakan oleh sekumpulan sukarelawan terpilih dari komuniti WordPress. Pada tahun ini, acara ini bakal berlangsung di Berlin, Jerman pada 20-22 Jun 2019 di Estrel Hotel and Congress Center.

Kenapa perlu hadir ke WordCamp Europe?

Contributor Day

Contributor Day memberi peluang kepada peserta untuk menyumbang kepada komuniti WordPress. Ia akan berlangsung pada hari Khamis, 20 Jun 2019. Sepanjang hari tersebut, para peserta akan membuat penambahbaikan WordPress melalui pengekodan, penulisan, troubleshoot dan rancangan penambahbaikan untuk masa akan datang.     

Conference Day

Lihat lebih lanjut tentang sesi persidangan yang telah dijadualkan pada hari Jumaat, 21 Jun 2019 dan Sabtu, 22 Jun 2019 dan sertai bengkel yang manarik minat anda. Seramai 63 jurucakap akan berkongsi tentang tips penting mengenai WordPress.

matt-mullenwerg-wordpress-founder-wordcamp-europe

Jumpa dengan Pengasas WordPress

Inilah masa yang dinanti-nantikan untuk berjumpa dengan pengasas WordPress, Matt Mullenweg. Beliau terkenal dengan pembangunan perisian WordPress yang percuma dan sumber terbuka, yang kini diuruskan oleh The WordPress Foundation. Dengarkan ucapan beliau pada hari Jumaat, 21 Jun 2019, jam 2 petang. 

Maklumat penerbangan ke WordCamp Europe

Tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Berlin namun anda boleh terbang melalui Singapore. Pada saat post ini ditulis, tiket penerbangan pergi balik dari Berlin adalah bernilai RM3100+.

Diskaun Penerbangan

Penganjur WordCamp Europe 2019 telah berjaya mendapatkan diskaun penerbangan. Jadi, dapatkan tiket penerbangan anda ke Berlin dengan diskaun istimewa dari Lufthansa

  1. Pilih penerbangan Austrian, Brussels, Eurowings, Finnair, Lufthansa, SWISS.
  2. Mulakan perjalanan anda seawal 13 Jun 2019 dan tamat pada 29 Jun 2019.
  3. Tempah tiket sehala atau dua hala sebelum 22 Jun 2019.
luftansa-wordcamp-europe

Bagaimana menempah tiket penerbangan?

Lufthansa

  1. Klik: www.lh.com/event-flight-booking.
  2. Skrol ke ‘Event Code’.
  3. Masukkan DEZQWFJ, dan tekan ‘Proceed to Booking’. Anda perlu ke laman web WordCamp Europe, cari Lufthansa.com. Anda akan nampak harga diskaun penerbangan yang telah dimasukkan dan juga tambang promosi lain. Pelanggan Eurowings perlu ikuti link alternatif, kemudian teruskan dengan langkah 4.
  4. Masukkan destinasi, tarikh kelas penerbangan, dan mulakan carian. 
  5. Terokai harga bagi kelas Ekonomi dan Bisnes dan pilih penerbangan pilihan anda untuk tempahan dan bayaran. 

Diskaun Swag

Ingin dapatkan barangan WordPress? Buat pesanan awal barangan WordPress dan dapatkan POTONGAN 20% dengan kod kupon: WCEU2019

WAPUU SWAG

Jumpa Kami di Sana!

Inilah masanya untuk anda berjumpa dengan kenalan baru dan berbual bersama kenalan lama anda. Jangan lupa untuk sertai After Party yang bertemakan ‘Kembali ke tahun 80an’ untuk meraikan WCEU tahun ini.

Sam dari MU DOT MY PLT turut menjadi sukarelawan WordCamp Europe tahun ini. Jadi, sekiranya anda menghadiri WordCamp Europe 2019, sila berhubung dengan beliau. 

Program Teknologi Alibaba di Hangzhou, China

alibaba-netpreneur-program-screen
Sam dari MU DOT MY PLT adalah salah seorang daripada usahawan Malaysia yang terpilih untuk mengikuti Program Teknologi Alibaba

Program Teknologi Alibaba telah dilaksanakan pada 23 Mac – 3 April 2019 di ibu pejabat Alibaba, Hangzhou, China. Program yang berlangsung selama 10 hari ini melibatkan 44 usahawan Malaysia terpilih dari 200++ pemohon. Dengan usaha sama Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC), Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia), Malaysia mendahului negara Asia lain dalam menjayakan program tersebut. 

overview-alibaba-phase-1
Cai NIao, logistik terbaru menggunakan robot di gudang Alibaba
view-on-alibaba-chart-wall
Eiffini, salah satu jenama pakaian terkemuka di China yang mengaplikasikan IoT dan teknologi bagi meningkatkan mutu pembuatan

Sistem Operasi Perniagaan Digital

Sebagai pendekatan kepada Sistem Operasi Perniagaan Alibaba, para usahawan telah diberikan gambaran keseluruhan tentang perkembangan ekonomi digital di China dan bagaimana peralihan paradigma tersebut berlaku. 

Program tersebut turut berkongsi dan menceritakan lebih lanjut tentang ekonomi dan infrastruktur digital di Alibaba. 

Terdapat beberapa platform dan infrastruktur yang khas digunakan oleh syarikat besar multinasional tersebut dalam memperkasakan ekonomi untuk daya saing global.

sam-jack-ma-first-office
Lawatan ke pejabat pertama Jack Ma
Sam and Alibaba's partner
Sam bersama salah seorang rakan kongsi Alibaba
welcome-sam-alibaba-hangzhou
Sam di Muzium Alibaba
Sam-group-discuss-alibaba
Group discussion at Alibaba HQ
sam-street-breakfast-ewallet
Pengalaman di bandar digital

Pembangunan Inklusif

Para peserta didedahkan dengan perkampungan e-dagang, pendidikan e-dagang dan syarikat ekosistem e-dagang tempatan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pengguna e-dagang di negara China terus meningkat di kawasan bandar dan luar bandar. Fakta mengatakan negara China kini mendahului negara-negara lain dalam e-dagang dengan membuktikan mereka sebagai pasaran e-dagang terbesar dunia. Penduduk luar bandar di negara China kini hanya menggunakan telefon mudah alih untuk mengakses internet dan membuat pembayaran atas talian. 

informal-group-photo-alibaba-village
Lawatan ke Normal University Hangzhou, China

Malaysia Ke Arah Pembangunan Ekonomi Digital

Semasa program berlangsung, para usahawan berkongsi idea bagi memajukan perniagaan dalam sesi Business Hackathon. Setiap kumpulan berusaha mengeluarkan idea-idea bernas supaya dapat menjamin hasil yang terbaik dalam perkembangan ekonomi digital di Malaysia.  

Program ini memberi peluang kepada MU DOT MY PLT untuk belajar tentang kemajuan teknologi baru dengan pemikiran futuristik. Kami akan sentiasa berusaha menyediakan teknologi yang terbaik untuk pelanggan kami.

Platform Pembelajaran Digital untuk Maxis eKelas

anugerah-gemilang-20190327-11
anugerah-gemilang-maxis-showcase
(Dari kiri) Gokhan Ogut (CEO Maxis), Al-Ishsal Ishak (Pengerusi SKMM) and Raja Tan Sri Arshad (Pengerusi Maxis) melawat pameran eKelas

Majlis Anugerah Gemilang Maxis eKelas 2019 telah dilancarkan oleh Encik Al-Ishsal Ishak, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Menara Maxis pada 27 Mac 2019. Program pendidikan eKelas ini dijayakan dengan kerjasama  Maxis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengumpulkan lebih 9,000 pelajar.   

Apa itu Anugerah Gemilang?

Anugerah Gemilang merupakan skim Geran Pelajar dilancarkan pada  August 2017 dibawah Maxis eKelas. Objektifnya adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar mencapai matlamat akademik dan mencungkil potensi mereka. Untuk memenuhi syarat anugerah tersebut, pelajar harus mencapai minimum satu peningkatan gred dalam dua atau ketiga-tiga mata pelajaran dalam program eKelas. Pelajar yang layak boleh memohon secara online dan menyerahkan keputusan peperiksaan akhir tahun, bagi tahun semasa serta tahun lepas, yang kemudiannya akan dinilai oleh Maxis. Permohonan yang pertama untuk Geran Pelajar ini dibuka pada bulan November 2017, dan majlis anugerah pertama diadakan pada bulan Mac 2018.

Maxis eKelas program
Tahniah kepada pemegang Anugerah Gemilang

Bagi Majlis Anugerah Gemilang Maxis eKelas 2019, seramai 25 orang pelajar eKelas telah dianugerahkan berdasarkan pencapaian akademik mereka. Empat daripada mereka menerima wang tunai sebanyak RM1,200 dengan pek permulaan sekolah manakala penerima anugerah lain membawa pulang wang tunai sebanyak RM600 dengan pek permulaan sekolah.  

Kriteria yang diperlukan bagi melayakkan diri untuk merangkul Anugerah Gemilang Maxis eKelas adalah pelajar perlu menunjukkan pencapaian dalam pelajaran dengan mendapatkan sekurang-kurangnya satu gred peningkatan dalam subjek yang dibekalkan dalam program eKelas: Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun atau keputusan PT3 dimana setiap peningkatan akan direkodkan. 

 

 

mcmc-portal-ekelas-ecikgu
Al-Ishsal Ishak berbesar hati melihat portal yang dapat membawa pelajar dari pelbagai negeri berbincang pelajaran dan projek mereka melalui satu platform 

Apa itu Maxis eKelas?

Maxis eKelas adalah program komuniti utama Maxis yang bertujuan untuk mencungkil potensi serta meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar di komuniti luar bandar. Ia adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah dengan penggayaan pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi akses kepada kandungan pendidikan berkualiti, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia 

Portal eKelas dilengkapi dengan 4 ciri, seperti yang ditunjukkan dalam pameran  “Kalau Nak Tahu, eKelaslah!”

  1. Live Tuition
  2. eKelas Portal
  3. eCikgu
  4. Activity Based Learning

Maxis eKelas dikhaskan untuk pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5, didedahkan dengan pembelajaran dan persaingan  serta projek berkumpulan juga sesi motivasi oleh anak muda dan bakat cemerlang Maxis.

Portal eKelas memberikan cara pembelajaran baru dengan menghubungkan pelajar dan guru melalui:

  • Sesi tutorial secara langsung
  • Projek berkumpulan
  • Video
  • Pertandingan

Selain itu, Portal eKelas juga membantu dalam meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dan menyeronokkan seperti Ceramah Motivasi dan Kem Cuti Sekolah. 

maxis-anugerah-gemilang-maxis-e-kelas
Gokhan Ogut dan Al-Ishsal Ishak melihat platform pembelajaran digital yang dibangunkan oleh MU DOT MY PLT

Kami telah dijemput menghadiri majlis berprestij ini sebagai tanda penghargaan mendekatkan pembelajaran digital kepada komuniti. Penglibatan MU DOT MY PLT dengan Maxis eKelas bermula sejak 2016 dengan memperbaharui teknologi dalam pembangunan Portal eKelas, live streaming dan konsultasi. 

WordCamp Kota Kinabalu 2019

kinabalu-wordpress-wordcamp-2019

WordCamp pertama di timur Malaysia!

WordCamp Kota Kinabalu 2019 dianjurkan oleh WordCamp Kinabalu Team di Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu pada 9 Mac 2019. Acara antarabangsa ini telah mengumpulkan komuniti  WordPress untuk sertai WordCamp ini bagi meningkatkan dan mengukuhkan pengetahuan mereka dalam WordPress. 

WordCamp pertama di Borneo ini menghimpunkan seramai 99 orang peserta termasuk jurucakap, penganjur dan penaja yang memeriahkan acara WordCamp. Terdapat sesi taklimat dan juga sesi beramah mesra selepas majlis dimana pengguna WordPress bina rangkaian profesional sesama rakan niaga, agen pemasaran, pembina Web, pereka Web, usahawan dan SEO. 

Dalam Wordcamp tersebut, 8 jurucakap tempatan dan antarabangsa telah dijemput untuk berkongsi tips penting dalam membina laman web yang hebat dengan menggunakan WordPress. Tenaga pengajar kami, Sam, turut dijemput  dalam WordCamp Kota Kinabalu 2019 bagi menyampaikan topik “Top 10 WordPress Design Trends of 2019″. 

Topik-topik WordCamp Kota Kinabalu 2019

  1. Lawrence Chau
    How To Build Website With WordPress
  2. Sam Suresh
    10 WordPress Design Trends of 2019
  3. Niels Lange
    WP-CLI Hacks
  4. James Hunt
    The Location Independent Developer
  5. Sanjay Willie
    10 First Steps To Secure Your WP Assets
  6. Muhammad Johan Jaafar
    Aku Buntu! Perlukan Design Baru Tapi Bagaimana?
  7. Matt Jaworski
    The Future Is Now- The Importance Of Upgrading To PHP 7
  8. Vince Aggrippino
    Can I Make Money With WordPress?
wordcamp-2019-kinabalu
Jurucakap siap sedia untuk beri taklimat
wordcamp-kota-kinabalu
Terima kasih kepada penaja-penaja WordCamp Kota Kinabalu 2019

Secara keseluruhan, acara tersebut telah berjalan dengan jayanya. Kesemua peserta mengambil bahagian dan saling berkenalan sesama mereka. Ada juga yang terus merancang untuk mencari kolaborasi mereka, menjadi penaja dan jurucakap berpotensi serta mendapatkan gambaran acara WordCamp seterusnya di lain tempat dan masa.  

Belajar membina Website hebat menggunakan WordPress

Dapatkan diskaun masa terhad 10% dengan pembelian secara online untuk kursus seterusnya. Gunakan kupon WPMEET. Sah sehingga 30 Jun 2019.

WordCamp Pertama Cebu 2019

wordcamp-cebu-participants-2019

WordCamp diadakan buat pertama kalinya di Cebu, Filipina pada 2 Mac 2019. WordCamp Cebu dilaksanakan dengan jayanya oleh Kumpulan WordCamp Cebu 2019 di Bayfront Hotel Cebu, mengumpulkan seramai 280 peserta dengan beberapa topik pembelajaran berkaitan WordPress. 15 jurucakap dari pelbagai negara datang berkongsi ilmu tentang penggunaan WordPress secara meluas kepada para pendengar. 

Peserta WordCamp Cebu Pertama 2019 dari seluruh dunia
sam-speaker-wordcamp-cebu-2019
Sam mengambil alih pentas di Filipina

Tenaga pengajar kami, Sam turut serta dalam WordCamp tersebut sebagai jurucakap bagi topik ‘Technical Insights for WordPress SEO’.

WordCamp Cebu 2019 menghimpunkan sejumlah besar pengguna WordPress termasuk pereka dan pembangun web, peniaga serta penulis blog dari seantero dunia. 

Perkongsian merangkumi topik pembangunan laman web, penulisan blog, SEO, pemasaran dan banyak lagi. 

Bandar Cebu

Tentang Bandar Cebu, Cebu merupakan salah satu lokasi pelancongan yang terkenal terutamanya bagi warga Korea. Antara sebab ramai warga Korea di Cebu adalah kos pembelajaran Bahasa Inggeris yang jauh lebih murah berbanding negara Eropah. Selain itu, Cebu juga merupakan kawasan tropika yang terdekat dengan Korea. Oleh sebab itu, banyak produk Korea dipasarkan di Cebu termasuk ais krim Korea (Binggrae) yang banyak dijual di gerai-gerai dan pusat membeli belah. 

Mata wang Filipina lebih rendah dari Malaysia iaitu 100 Peso Filipina bersamaan dengan 8 Ringgit Malaysia dan Cebu terkenal sebagai bandar termampu kedua di Filipina.

Perkara yang menarik perhatian di Cebu;  

Belajar membina Website hebat menggunakan WordPress

Dapatkan diskaun masa terhad 10% dengan pembelian secara online untuk kursus seterusnya. Gunakan kupon WPMEET. Sah sehingga 30 Jun 2019.

WordPress Meetup KL Jan 2019

KL WordPress Meetup

Kesedaran tentang kepentingan membangunkan WordPress Web dan WordPress Theme dikelpasti semasa Hari Penyumbang di WordCamp KL 2018, WordPress Meetup KL telah berjaya diadakan pada 26 Januari 2019 di KDC Tech Mahindra Cyberjaya, mengumpulkan seramai 80 peserta daripada pengguna WordPress asas hingga berkemahiran dari pelbagai organisasi terkenal. Dihoskan oleh Sam Suresh, bengkel  tersebut terbahagi kepada dua sesi.

Pada sesi pertama, WordPress Website Development menggunakan Elementor, tenaga pengajar Sam Suresh, peserta akan diberi langkah untuk memasang dan memajukan  Laman Web WordPress menggunakan komputer riba masing-masing dan diterbitkan ke web hosting setelah selesai mencipta website.

wordpress-meetup-kl-website-theme
Penglibatan peserta aktif semasa sesi membangunkan Laman Web WordPress oleh Sam Suresh
develop-wordpress-website-theme
Berbekalkan semangat menimba ilmu, sesetengah peserta sanggup mendapatkan tempat sendiri disebabkan tiada tempat duduk

Sesi seterusnya lebih fokus untuk memajukan WordPress Theme menggunakan framework dan plugin yang bersesuaian, diterangkan oleh David Wang, Perunding dan Pengajar WordPress.

wordpress-theme-meetup-computer
Peserta pada sesi WordPress Theme oleh David Wang

Bengel tersebut diteruskan lagi dengan aktiviti suai kenal antara peserta, quiz dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Peserta kelihatan aktif dan bersemangat semasa menjawab quiz berkenaan aplikasi   WordPress.  

january-meetup-kl-wordpress
Kemeriahan para peserta sewaktu menjawab quiz
website-design-kl-wordpress
Pemenang bertuah
computer-wordpress-website-webdesign
Kumpulan peserta aktif mengembangkan rangkaian professiona masing-masing
wordpress-meetup-kl-january
Peserta WordPress Meetup KL Januari 2019

Belajar membina Website yang hebat menggunakan WordPress

Dapatkan diskaun masa terhad 10% dengan pembelian secara online untuk kursus seterusnya. Gunakan kupon WPMEET. Sah sehingga 30 Jun 2019.

WordCamp KL 2018

WordCamp Kuala Lumpur 2018 adalah acara satu hari suntuk yang diadakan pada 17 November 2018 yang mengandungi dua saluran persembahan, dengan sekitar 10-15 pembentang.

WordCamp adalah acara tidak formal dan komuniti yang disatukan oleh pengguna WordPress seperti anda. Semua orang dari pengguna kasual kepada pemaju perisian menyertai, berkongsi idea, dan mengenali antara satu sama lain dalam acara ini.

Semua penganjur dan penceramah WordCamp adalah sukarelawan. Harga tiket membantu membayar kos acara itu, tetapi majoriti pembiayaan disediakan oleh para penaja.

Tenaga pengajar kami, Sam menyertai WordCamp KL 2018 sebagai penganjur dan MU DOT MY sebagai penaja.

Berikut adalah gambar-gambar menarik dari WordCamp KL 2018!