Berminat untuk ubahsuai aplikasi Moodle Mobile?

CEO Multimedia and Open Source Learning Centre, Sam Suresh telah mengadakan satu demonstrasi untuk mengubah suai aplikasi Moodle Mobile- Khusus untuk Branding dan URL – di iMoot 2015.

Ketika melakukan pengubahsuaian semua perkara yang berkaitan dengan IT memerlukan kesabaran dan kepakaran, Sam Suresh memberikan satu gambaran yang baik dan mudah difahami untuk peringkat awal seperti:-

  • An overview of the Moodle Mobile source code
  • An introduction to Github (the source code repository for open source apps) on how to log in, find the Moodle Mobile app, download and fork for your use.
  • How to brand the Moodle Mobile app
  • An overview/into to PhoneGap (a 3rd party, open source app creation tool)
  • How to compile and submit your app to the PlayStore (from Google) for release

Yang penting, anda tidak akan mengubah fungsi aplikasi Moodle Bergerak dalam latihan ini, hanya unsur-unsur penjenamaan (grafik, nama, dan lain-lain) dan URL.

Lihat pembentangan beliau di bawah:

 

Jelas sekali, proses ini bukan untuk Moodlers yang memberi tumpuan kepada penyampaian kandungan sebagai pengajar, dan menyediakan pengalaman pembelajaran yang terbaik untuk pelajar . Sebaliknya, proses ini adalah untuk mereka yang suka mencuba sesuatu yang baru, atau bagi yang mempunyai keperluan untuk penjenamaan aplikasi mudah alih bagi sekolah atau institusi.

Satu bahagian yang sangat menarik (bagi saya) dalam persembahan adalah melihat kepada carta pembangunan Moodle mobile apps  yang dibentangkan oleh Sam Suresh. Ia memang satu idea yang baik dan memberi gambaran untuk perkembangan masa depan:

Adakah anda menyesuaikan App Moodle anda? Beritahu kami pengalaman anda dengan ini dalam ulasan di bawah!

Rujukan:

http://www.moodlenews.com/2015/presentation-interested-in-customizing-the-moodle-mobile-app/

Masalah Keselamatan dalam versi Joomla 3.4.4 ke bawah! Tindakan segera diperlukan.

Versi Joomla! 3.2 hingga 3.4.4 terdedah kepada masalah keselamatan yang sangat bahaya melalui SQL injection yang boleh menyebabkan laman web Joomla digodam.

Projek Joomla telah keluarkan kemaskini versi 3.4.5 yang membawa patch kepada 3 permasalahan utama seperti berikut;

Masalah keselamatan utama

  • High Priority – Core – SQL Injection (affecting Joomla 3.2 through 3.4.4) More information »
  • Medium Priority – Core – ACL Violations (affecting Joomla 3.2 through 3.4.4) More information »
  • Medium Priority – Core – ACL Violations (affecting Joomla 3.0 through 3.4.4) More information »

Semalam beberapa laman berita antarabangsa melaporkan bahawa penggodam kini sasarkan laman web Joomla! yang belum di patch atau dikemaskini ke versi terkini.

Untuk mengelakkan laman web Joomla! anda digodam, sila kemaskini Joomla ke versi terkini 3.4.5.

Jemputan ke Joomla! World Conference 2015

Persidangan Joomla! antarabangsa 2015 ataupun Joomla! World Conference 2015 akan berlangsung pada 06-08 November 2015 di Bangalore India. Persidangan yang berlangsung bagi kali ke-empat ini diadakan di Asia buat kali pertama. Persidangan 3 hari ini akan menyaksikan pelbagai aktiviti menarik termasuk penyampaian dari tokoh-tokoh industri web.

Read more

Majlis Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di Linggi, Negeri Sembilan

Penubuhan PI1M memberi komuniti pedalaman kelengkapan dan teknologi yang setanding dengan komuniti bandar. PI1M ini dilengkapi dengan internet jalur lebar yang berkelajuan 4 Mbps dan juga memiliki perisian “Hardware” yang canggih. PI1M membantu komuniti luar bandar dengan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada teknologi ICT dan internet bagi meningkat taraf hidup mereka.

Fokus utama PI1M adalah untuk menyediakan perkhidmatan internet kepada masyarakat tempatan dalam kawasan yang kurang mendapat liputan. PI1M, Mukim Linggi adalah yang pertama dibangunkan di daerah Port Dickson dan sehingga kini terdapat 28 PI1M di Negeri Sembilan.

 

 

Kini penduduk di mukim linggi, negeri sembilan boleh menggunakan kemudahan internet jalur lebar hasil daripada penubuhan PI1M yang dibangunkan oleh MCMC.

Majlis perasmian ini diadakan pada 15 Mac 2015 dan dibuka secara rasminya Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato ‘Seri Utama Haji Muhammad bin Haji Hasan, Ketua esekutif pembangunan MCMC, Dato ‘Mohd Ali Hanafi juga turut hadir bersama dengan wakil daripada jabatan kerajaan, Ketua cawangan MCMC, syarikat telekomunikasi ,ketua kampung, JKKK dan penduduk tempatan mukim linggi.

Persembahan Joomla! di Microsoft Bina Conference

Komuniti aplikasi terbuka Joomla! malaysia telah diberi peluang untuk mengadakan presentasi di Microsoft Bina Conference, Kuala Lumpur. Persidangan ini diadakan di TMCC KL pada 13 September 2014 dan dihadiri oleh pembangun dari seluruh negara.

Read more

Kursus Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) (Application: Moodle 2.7)

Moodle (singkatan bagi Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment) adalah sistem aplikasi e-learning yang percuma, dan dikenali sebagai Learning Management System (LMS), atau Virtual Learning Environment (VLE). Sistem ini mebantu pengajar untuk membina lawan web persendirian yang dimampatkan dengan subjek dinamik dan pembelajaran tambahan, pada bila-bila masa dan dimana sahaja mereka berada.

Read more

Joomla 3.2 – Kursus Awam – Feb 2014

Pada 24th February hingga 28th February 2014, Kursus awam Joomla! 3.2  telah dijalankan oleh MU DOT MY. Peserta daripada pelbagai syarikat dan institusi awam seperti UiTM Shah Alam, Maslow Trainers and Consultant dan Malaysian Society for Quality In Health telah berjaya mengikuti kursus ini.

Read more

ASEAN Cyberkids Camp 2013

Pada 25 hingga 29 November 2013, mu.my! telah terpilih untuk menjalankan sesi latihan kursus bagi ASEAN Cyberkids Camp (ACC) 2013. Kursus ini diadakan di Flamingo Hotel, Kuala Lumpur, dan ini merupakan tahun ke-3 bagi mu.my! menjalankan kursus tersebut.

Kursus 5 hari adalah tentang latihan seperti pengenalan kepada Portal Maxis Cyberkids, Pengubahsuaian filem , Aplikasi Sumber Terbuka, aplikasi android dan kursus bagi pengajar.

Pada majlis penutupan penutupan ACC.Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek datang melawat ke tempat kami dan melihat hasil akhir daripada kursus yang dijalankan

Dalam setiap sesi latihan, mu.my! menyediakan cenderahati kepada peserta yang aktif dalam memberi kerjasama semasa kursus dijalankan. Antara cenderahati yang ditawarkan kepada peserta adalah telefon pintar Lenovo Android, Pendengar suara Philip’s dan macam-macam lagi.

Figure 3 : Participants also have an opportunity to show their work to others

Kursus ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran warga OKU dar SMPKV Shah Alam, Quak Zhi Ren dimana peserta khas ini memberikan banyak idea yang bernas dan begitu aktif  melakukan aktiviti bersama peserta lain.

mu.my! juga menyediakan “online assessment” yang dapat membantu peserta memberikan maklum balas sepanjang program ini diadakan

“Saya menerima banyak tunjuk ajar berkenaan informasi teknologi dan memberikan kesan kepada kehidupan seharian. Saya menghadiri kursus ini untuk menambah pelbagai ilmu tentang teknologi.”
 May Thu Thu Maung dari Myanmar

 “Kempen yang sangat bagus dan banyak membantu saya untuk lebih memahami dan mendalami bidang ICT.”

– Muhamad Fazlie Bin Lok from Malaysia