Plugin Other Course Completion Restriction Untuk Moodle
Gambaran Plugin
Plugin ini membolehkan anda untuk menyekat akses aktiviti dan sumber didalam kursus anda berdasarkan penyelesaian kursus lain.
Maklumat Plugin
Versi Plugin: 2019050600
Tarikh Dikeluarkan: 15 May 2019
Versi yang Disokong: Moodle 3.4, 3.5, 3.6, 3.7
Plugin Percuma
Pemasangan
Langkah 1. Log Masuk sebagai Administrator untuk memasang plugin baru.
Langkah 2. Pilih Site Administration.
Langkah 3. Klik Plugins.
Langkah 4. Memasang plugins.
Langkah 5. Drag plugin baru ke dalam kotak. Atau Pilih fail… Kemudian klik pasang plugin daripada fail ZIP.
Langkah 6. Klik Continue untuk proses seterusnya.
Langkah 7. Klik Upgrade Moodle database now untuk proses pemasangan seterusnya.
Langkah 8. Pemasangan selesai dan klik Continue.
Tetapkan Akses Terhad
1. Log Masuk sebagai Administrator.
2. Pilih kursus yang perlu ditetapkan akses terhad.
3. Klik fungsi Turn on Editing.
4. Pilih Edit. Kemudian pilih Edit settings.
5. Pergi ke bahagian Akses terhad, klik Add restriction.
6. Pilih Other course completion.
7. Pilih kursus yang perlu diselesaikan.
8. Pilih senarai kursus daripada senarai yang diberikan.
9. Selepas tetapkan sekatan, klik Save and return to course atau Save and display untuk menyimpan tetapan akses sekatan yang telah dipilih.
10. Setelah siap, tetapan Sekatan akan terpapar.