Kursus Google Ads & Pensijilan
“92.42% pengguna media sosial membuat carian di Google sebelum membuat sebarang pembelian. Paparkan produk & perkhidmatan anda di Carian Google, YouTube atau di Laman Web popular Malaysia”
- Mod penghantaran
Latihan Dalam Kelas
- 2 Hari
- Asas - Pertengahan | Lanjutan
- Tahap pembelajaran
- pra-syarat
Sesuai untuk semua
- Pendaftaran Online
Gambaran Kursus
Google Ads adalah perkhidmatan pengiklanan oleh Google bagi sesuatu perniagaan yang ingin memaparkan iklan di carian Google dan platform lain seperti Youtube dan Aplikasi Mudah Alih. Di Google Ads, Pay Per Click membenarkan anda untuk menjangkau orang ramai apabila mereka secara aktif mencari produk dan perkhidmatan anda di enjin carian Google. Anda hanya perlu membayar berdasarkan jumlah klik pada iklan anda. Hal ini memudahkan anda untuk menetapkan anggaran dan hanya membayar apabila orang mengklik iklan sahaja.
Kursus Google Ads kami akan mengajar anda bagaimana untuk menghasilkan website atau produk yang anda tawarkan dapat dilihat oleh pelanggan saat mereka mencari di Google. Tiada perbelanjaan minimum yang diperlukan untuk menggunakan Google Ads. Bukan sahaja menjimatkan kos pengiklanan malah kami akan membantu meningkatkan kualiti pengiklanan di platform Google Ads.
Kenapa Google Ads Penting
Tunjukkan iklan anda kepada orang yang betul, di tempat yang betul, dan pada masa yang tepat.
Memastikan produk atau perkhidmatan anda berada pada kedudukan teratas
Anda akan belajar bagaimana untuk memastikan websites anda muncul di bahagian atas apabila seseorang mencari produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan.
Tarik lebih ramai pelanggan
Anda akan belajar untuk menarik pengguna media sosial ke website, meningkatkan jualan dalam talian dan memastikan pelanggan kembali untuk membeli lagi.
Jangkau pelanggan yang betul pada masa yang tepat
Belajar bagaimana perniagaan anda boleh ditemui oleh pengguna yang berada di Google tepat pada waktu apabila mereka mencari barangan dan perkhidmatan yang anda tawarkan.
Kawal berapa banyak yang anda ingin belanjakan
Anda boleh memilih jumlah yang anda belanjakan setiap bulan, sehari, dan setiap iklan. Anda hanya akan membayar apabila seseorang mengklik iklan anda.
“Media digital menjana lebih 51%, atau lebih $240 bilion dolar, untuk semua wang iklan yang dibelanjakan secara global”
Ciri-ciri Kursus
Award Winning Syllabus
Sukatan pelajaran kami diperolehi oleh MDEC pada tahun 2018 untuk disepadukan dengan sukatan pelajaran Politeknik dan Universiti Malaysia.
Kredit Iklan RM150
Sekiranya anda membelanjakan RM50 dalam tempoh 14 hari, anda akan mendapat kredit iklan sebanyak RM150 yang ditawarkan oleh Google. Terma dan syarat yang ditetapkan oleh Google.
Sokongan Pengoptimuman Iklan Percuma
Kami akan membantu anda mengoptimumkan kempen iklan anda dan memantau prestasi anda selepas kursus.
Peperiksaan Pensijilan Google
Dapatkan sijil oleh Google sebaik sahaja anda menghadiri latihan dan duduk untuk peperiksaan
Hasil Kursus
Pada akhir kursus Google Ads ini, para peserta dapat:
- Menguruskan akaun Google Ads yang aktif
- Mengendalikan iklan pada hasil carian Google
- Membuat iklan di laman web pihak ketiga (misalnya: Malaysiakini, The Star, dan jutaan laman web lain)
- Menguruskan pemasaran semula untuk memaparkan iklan ke pengunjung laman web anda (ikuti mereka)
- Mempelajari latihan terbaik untuk mendapatkan skor berkualiti tinggi, kedudukan yang lebih tinggi dan kurang bayaran
Kenapa Kursus Google Ads Kami?
Pada 2018, kami telah dilantik oleh MDEC (Malaysia Digital Corporation Corporation) untuk menjalankan Latihan Pemasaran Digital kepada 350 pensyarah pemasaran digital Kolej Komuniti dan Politeknik di Malaysia. Seramai 250 orang pensyarah menyertai pemasaran Digital Google AdWords.
Di akhir kursus, peserta akan menduduki peperiksaan Google Ads. Sekiranya peserta lulus ujian tersebut, mereka akan menerima Google Ads Certification daripada pihak Google dan peserta juga akan menerima sijil penyertaan daripada MU DOT MY PLT.
Antara Pelanggan Kursus Google Ads Kami
Apa Yang Anda Akan Perolehi?
Pembelajaran Secara Langsung, Dikendalikan oleh Pakar
Pembelajaran secara langsung di kelas yang berkualiti tinggi, selesa serta disediakan kemudahan seperti komputer dan WiFi.
Mentor Persendirian
Dapatkan mentor yang berpengetahuan untuk membimbing pembelajaran anda dan fokus untuk menjawab sebarang pertanyaan, memotivasikan serta membimbing anda dengan baik.
Pembelajaran Secara Online
1 tahun akses kepada LMS beserta video dan buku panduan langkah demi langkah eksklusif daripada MU DOT MY PLT.
Preview Buku Panduan
Sokongan Percuma
Dapatkan emel sokongan percuma selama 3 bulan selepas kursus. Emelkan kepada trainer kami bila-bila masa sahaja.
Baca lebih lanjut
Sijil Penyertaan Disediakan
Peserta akan menerima Sijil Penyertaan pada hari terakhir kursus.
Kursus Susulan
Kami akan menjadualkan 1 kursus susulan percuma untuk membantu anda meneruskan pembelajaran.
Baca lebih lanjut
Daftar Sekarang / Dapatkan Sebut Harga / Brosur Sekarang
Kursus Public/Dalam Talian
Peserta boleh menghadiri kursus di makmal komputer kami atau dalam talian. Bayar setiap seorang.
Kursus In-House
Peserta boleh menghadiri kursus ini di pejabat anda bila-bila masa, di mana sahaja. Bilangan peserta had 25 orang. Hanya bayar mengikut bilangan hari!
MOF No: 357-02240271