Kursus JavaScript
- mod penghantaran
Latihan Dalam Kelas
- 3 Hari
- Asas
- Tahap Kesukaran
- Pra-syarat
Pemahaman mengenai HTML & CSS
- Pendaftaran Online
Gambaran Kursus
JavaScript adalah bahasa pengaturcaraan (programming language) yang paling popular untuk web, dan sangat penting dalam bidang lain seperti pembangunan Mobile Apps. JavaScript adalah bahasa yang digunakan untuk menulis kod client-side dalam browser. Jika anda ingin menulis sebarang jenis interaksi di laman web atau aplikasi web, ia memerlukan Javascript.
Kursus JavaScript ini menyediakan pengetahuan asas yang diperlukan untuk membangunkan laman web dinamik menggunakan JavaScript. Ia memperkenalkan pelajar kepada JavaScript pihak pelanggan dan bagaimana bahasa tersebut boleh digunakan untuk menukarkan laman web HTML statik ke laman web yang dinamik dan interaktif.
JavaScript dalam Industri
Kewangan
Dalam kewangan, programming berguna dalam pelbagai situasi. Keadaan ini termasuk derivatif harga, penubuhan sistem perdagangan elektronik, dan sistem pengurusan.
Pengiklanan dan Pemasaran
Kebanyakan produk dipasarkan secara meluas melalui website dan platform media yang lain. Bahasa pengaturcaraan JavaScript digunakan dalam proses pengiklanan dan pemasaran produk secara digital.
Pendidikan
Kebanyakan website telah membangunkan eLearning iaitu pembelajaran secara online tentang programming. Hal ini akan memberi kemudahan kepada orang awam tentang pembelajaran JavaScript serta membuka minda generasi muda tentang peluang pekerjaan dalam bidang ini.
Entertainment
Kebanyakan aplikasi yang dibangunkan menggunkan JavaScript adalah social networking portal untuk artis dan peminat dalam industri hiburan.
Healthcare
JavaScript (back-end) sering digunakan dalam industri healthcare bagi mengurus hal clinical, penjagaan kesihatan, pengeluar peralatan hospital dan sebagainya. Tambahan pula, industri kini juga banyak memasarkan healthcare secara digital dalam dunia masa kini.
Runcit
Sektor runcit merupakan sektor pekerjaan yang meluas serta melibatkan kerjaya lain contohnya Engineer dan web designer memerlukan pengetahuan dalam Javascript bagi meningkatkan produktiviti dalam industri runcit.
Kerajaan
Programmer dalam kalangan pekerja dan agensi- agensi kerajaan kebanyakannya menggunakan bahasa pengaturcaraan JavaScript. Bidang pekerjaan dengan kepakaran programming disenarai antara jawatan yang paling diperlukan di Malaysia.
Manufacturing
Industri 4.0 adalah trend semasa dalam teknologi yang melibatkan pertukaran data dalam industri manufacturing. Sistem product-service adalah konsep yang menyediakan self-aware machine dan self-learning machine, dan seterusnya meningkatkan prestasi dalam pengurusan dan penyelenggaraan.
JavaScript kini digunakan oleh 94.5% daripada semua laman web
Bidang Utama Pembelajaran
- Asas Pengaturcaraan
- PembolehUbah
- Manipulasi String Data
- Arrays & Looping
- Fungsi Asas
- Bekerja Menggunakan Forms
Apa yang Anda Akan Pelajari?
- Anda akan mempelajari asas pengaturcaraan dan konsep asas berorientasikan objek menggunakan syntax JavaScript yang terkini.Pembelajaran ini meliputi konsep asas untuk menggunakan JavaScript dalam semua persekitaran.
- Belajar untuk memilih javascript library yang terbaik
Siapa Yang Patut Menghadiri Kursus Ini?
Pelajar
Pelabur
Kakitangan kerajaan
Sesiapa yang berminat untuk menjadi programmer
Apa Yang Anda Akan Perolehi?
Pembelajaran Secara Langsung, Dikendalikan oleh Pakar
Pembelajaran secara langsung di kelas yang berkualiti tinggi, selesa serta disediakan kemudahan seperti komputer dan WiFi.
Mentor Persendirian
Dapatkan mentor yang berpengetahuan untuk membimbing pembelajaran anda dan fokus untuk menjawab sebarang pertanyaan, memotivasikan serta membimbing anda dengan baik.
Pembelajaran Secara Online
1 tahun akses kepada LMS beserta video dan buku panduan langkah demi langkah eksklusif daripada MU DOT MY PLT.
Sokongan Percuma
Dapatkan emel sokongan percuma selama 3 bulan selepas kursus. Emelkan kepada trainer kami bila-bila masa sahaja.
Baca lebih lanjut
Sijil Penyertaan Disediakan
Peserta akan menerima Sijil Penyertaan pada hari terakhir kursus.
Kursus Susulan
Kami akan menjadualkan 1 kursus susulan percuma untuk membantu anda meneruskan pembelajaran.
Baca lebih lanjut
Daftar Sekarang / Dapatkan Sebut Harga / Brosur Sekarang
Kursus Public/Dalam Talian
Peserta boleh menghadiri kursus di makmal komputer kami atau dalam talian. Bayar setiap seorang.
Kursus In-House
Peserta boleh menghadiri kursus ini di pejabat anda bila-bila masa, di mana sahaja. Bilangan peserta had 25 orang. Hanya bayar mengikut bilangan hari!
MOF No: 357-02240271