Kursus UI/UX Menggunakan Figma

- Mod Penghantaran
Latihan Dalam Kelas
- 2 Hari
- Asas
- Tahap Kesukaran
- Pra-syarat
Sesuai untuk semua
- Pendaftaran Online
Gambaran Kursus
Kursus latihan intensif selama 2 hari ini mengenai UI/UX menggunakan FIGMA menyediakan asas-asas reka bentuk antara muka pengguna dan pengalaman pengguna (UI/UX) yang sangat diminati bukan sahaja untuk reka bentuk aplikasi tetapi juga dalam pelbagai kerjaya seperti pemasaran, reka bentuk web, dan interaksi manusia-komputer. Anda akan mempelajari asas-asas pengalaman pengguna, maklumat yang diperlukan daripada pelanggan, antara muka Figma, dan bekerja dengan Figma untuk mencipta antara muka reka bentuk aplikasi dan web.
Hasil Kursus
Pada akhir Kursus UI/UX Menggunakan Figma ini, para peserta dapat:
- Memahami Keperluan Pelanggan
- Bekerjasama dengan FigJam
- Menavigasi Figma
- Mencipta dan Mengurus Reka Bentuk
- Mereka bentuk dan membuat prototaip antara muka
- Berkongsi dan menguji prototaip
Apa Yang Anda Akan Perolehi?

Pembelajaran Secara Langsung, Dikendalikan oleh Pakar
Pembelajaran secara langsung di kelas yang berkualiti tinggi, selesa serta disediakan kemudahan seperti komputer dan WiFi.

Mentor Persendirian
Dapatkan mentor yang berpengetahuan untuk membimbing pembelajaran anda dan fokus untuk menjawab sebarang pertanyaan, memotivasikan serta membimbing anda dengan baik.

Pembelajaran Secara Online
1 tahun akses kepada LMS beserta video dan buku panduan langkah demi langkah eksklusif daripada MU DOT MY PLT.

Sokongan Percuma
Dapatkan emel sokongan percuma selama 3 bulan selepas kursus. Emelkan kepada trainer kami bila-bila masa sahaja.
Baca lebih lanjut

Sijil Penyertaan Disediakan
Peserta akan menerima Sijil Penyertaan pada hari terakhir kursus.

Kursus Susulan
Kami akan menjadualkan 1 kursus susulan percuma untuk membantu anda meneruskan pembelajaran.
Baca lebih lanjut
Daftar Sekarang / Dapatkan Sebut Harga / Brosur Sekarang
Kursus Public/Dalam Talian
Peserta boleh menghadiri kursus di makmal komputer kami atau dalam talian. Bayar setiap seorang.
Kursus In-House
Peserta boleh menghadiri kursus ini di pejabat anda bila-bila masa, di mana sahaja. Bilangan peserta had 25 orang. Hanya bayar mengikut bilangan hari!

MOF No: 357-02240271