Kursus Adobe Premiere Pro
Realisasikan idea kreatif anda
- Mod Penghantaran
Latihan dalam kelas
- 3 Hari
- Asas | Pertengahan
- Tahap Kesukaran
- Pra-syarat
Sesuai untuk semua
- Pendaftaran Online
Gambaran Kursus
Adobe Premiere Pro merupakan aplikasi yang digunakan secara meluas yang komprehensif untuk penyuntingan video, filem, iklan di televisyen dan video-video online. Aplikasi ini juga boleh didapatkan daripada aplikasi-aplikasi Adobe Creative Cloud. Mempunyai pelbagai tools seperti ciri-ciri penyuntingan multi-camera, keying, pemangkasan dinamik, pengeditan warna, tapeless media dan kesan video dan audio yang perlu ada dalam menghasilkan sesebuah karya. Selain menjadi keutamaan kepada syarikat-syarikat pengeluaran video dan pereka multimedia, Premiere Pro juga digunakan oleh stesen-stesen berita, syarikat pemasaran profesional dan syarikat reka bentuk untuk menghasilkan dan mengedit kandungan video.
Premiere Pro boleh digunakan untuk semua tugas penyuntingan video biasa yang diperlukan untuk menghasilkan kualiti siaran, video definisi tinggi. Ia boleh digunakan untuk mengimport video, audio dan grafik, dan digunakan untuk membuat versi video baru yang diedit yang boleh dieksport ke medium dan format yang diperlukan untuk pengedaran. Apabila membuat video menggunakan Premiere Pro, pelbagai video dan imej pegun juga boleh diedit bersama dengan tambahan After Effects.
Mengapa Adobe Premiere adalah yang paling popular di kalangan editor?
- Mudah untuk mengendalikan dan sesuai untuk semua, walaupun untuk pengguna newbie.
- Proses yang lancar semasa melaksanakan video dan perisian mesra pengguna dengan pelbagai kesan.
- Aplikasi open-source yang percuma dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
Kenapa Kursus Adobe Premiere Pro Kami?
Peluang Pekerjaan
Kemahiran menghasilkan video dapat membuka ruang pekerjaan kepada sesiapa sahaja sama ada ingin menjadikan sebagai pekerjaan tetap atau sambilan. Setiap video yang dihasilkan boleh diletakkan di laman-laman web sebagai tontonan kepada pengguna untuk yang sedang mencari pereka video.
Membantu anda menjadi seorang yang serba boleh
Sekiranya anda bukan bekerja di dalam bidang multimedia namun berminat ke arah pembuatan video namun tidak tahu bagaimana untuk merealisasikan impian tersebut, kursus kami sedia membantu anda.
Menjimatkan kos
Sekiranya anda tidak mempunyai kos yang tinggi untuk mengupah orang menghasilkan video anda, anda boleh menghasilkannya dengan cara anda tersendiri.
Hasil Kursus
Di akhir kursus Adobe Premiere Pro ini, peserta akan dapat :
- Belajar asas - asas video digital
- Menggunakan dan faham Premiere Pro tools, timeline dan workspace
- Merakam dan mendigitalkan video
- Mempelajari kemahiran asas menyunting dan kemahiran post-productions
- Menambah trek audio termasuk muzik dan suara
- Membina dan Menggunakan tajuk, kesan dan peralihan
- Render dan eksport video anda ke pita, format DVD atau formatsRender digital
Siapa yang Patut Menghadiri Kursus Adobe Premiere Pro?
Editor Video
Content Creator
Pereka Grafik
Pengurus Pemasaran Profesional
Pensyarah atau Pelajar
Sesiapa yang berminat membina website sendiri
Apa Yang Anda Akan Perolehi?
Pembelajaran Secara Langsung, Dikendalikan oleh Pakar
Pembelajaran secara langsung di kelas yang berkualiti tinggi, selesa serta disediakan kemudahan seperti komputer dan WiFi.
Mentor Persendirian
Dapatkan mentor yang berpengetahuan untuk membimbing pembelajaran anda dan fokus untuk menjawab sebarang pertanyaan, memotivasikan serta membimbing anda dengan baik.
Pembelajaran Secara Online
1 tahun akses kepada LMS beserta video dan buku panduan langkah demi langkah eksklusif daripada MU DOT MY PLT.
Sokongan Percuma
Dapatkan emel sokongan percuma selama 3 bulan selepas kursus. Emelkan kepada trainer kami bila-bila masa sahaja.
Baca lebih lanjut
Sijil Penyertaan Disediakan
Peserta akan menerima Sijil Penyertaan pada hari terakhir kursus.
Kursus Susulan
Kami akan menjadualkan 1 kursus susulan percuma untuk membantu anda meneruskan pembelajaran.
Baca lebih lanjut
Daftar Sekarang / Dapatkan Sebut Harga / Brosur Sekarang
Kursus Public/Dalam Talian
Peserta boleh menghadiri kursus di makmal komputer kami atau dalam talian. Bayar setiap seorang.
Kursus In-House
Peserta boleh menghadiri kursus ini di pejabat anda bila-bila masa, di mana sahaja. Bilangan peserta had 25 orang. Hanya bayar mengikut bilangan hari!
MOF No: 357-02240271