Kursus Microsoft Teams untuk Pendidikan
- Mod Penghantaran
Latihan dalam kelas
- 2 Hari
- Asas - Lanjutan
- Tahap Kesukaran
- Pra-syarat
Mengetahui asas penggunaan komputer dan mengendalikan file explorer
- Register Now
Drop us an email for latest updates.
Gambaran Kursus
Kursus Microsoft Teams untuk pendidikan merupakan platform yang membolehkan para pelajar, warga pendidik serta kakitangan untuk mengadakan perbincangan, mencipta kandungan serta berkongsi maklumat. Microsoft Teams ini juga dapat menghubungkan para pelajar untuk bersemuka serta melakukan aktiviti secara dalam talian dengan menyeronokkan.
Di dalam kursus ini, anda akan mempelajari tentang bagaimana hendak melakukan perkongsian fail, penyuntingan bersama untuk panggilan video, berbual berterusan,perkongsian skrin dan banyak lagi.
Apa yang Microsoft Teams dapat membantu anda?
Bekerjasama dengan mudah
Membolehkan anda untuk berhubung secara percuma sehingga 300 orang dan akses berbual berterusan untuk memastikan semua orang sentiasa berhubung semasa belajar ataupun bekerja.
Menghubungkan para pelajar
Membolehkan anda untuk mengatur bilik darjah, tugasan, bekerjasama serta berkongsi fail dan juga akses kepada bahan pengajaran hanya dalam satu tempat
Meningkatkan produktiviti kerja harian
Membolehkan anda untuk mengakses maklumat dengan mudah serta dapat mengurangkan beban kerja dan mewujudkan komuniti dalam platform yang selamat.
Pembelajaran yang efektif, semuanya di dalam satu tempat
Ciri utama untuk kolaborasi kelas
Breakout Rooms
Membuat perbincangan serta kerja berkumpulan dengan mudah di Microsoft Teams.
Whiteboard
Bekerjasama dalam kanvas digital dengan Microsoft Whiteboard, yang digabungkan dalam Microsoft Teams.
Hasil Kursus
Di akhir kursus ini, peserta dapat
- Mengetahui bagaimana untuk menggunakan ciri yang terdapat di Microsoft Teams
- Menggunakan fungsi seperti memuat naik, menyunting dah membuat perkongsian fail
- Membuat jadual perbincangan serta mengadakan acara di dalam Microsoft Teams
- Menggunakan fungsi OneNote
Siapa Yang Patut Menghadiri Kursus Ini?
Pelajar
Warga Pendidik
Ibubapa
Semua yang berminat untuk mempelajari Microsoft Teams
Apa Yang Anda Akan Perolehi?
Pembelajaran Secara Langsung, Dikendalikan oleh Pakar
Pembelajaran secara langsung di kelas yang berkualiti tinggi, selesa serta disediakan kemudahan seperti komputer dan WiFi.
Mentor Persendirian
Dapatkan mentor yang berpengetahuan untuk membimbing pembelajaran anda dan fokus untuk menjawab sebarang pertanyaan, memotivasikan serta membimbing anda dengan baik.
Pembelajaran Secara Online
1 tahun akses kepada LMS beserta video dan buku panduan langkah demi langkah eksklusif daripada MU DOT MY PLT.
Sokongan Percuma
Dapatkan emel sokongan percuma selama 3 bulan selepas kursus. Emelkan kepada trainer kami bila-bila masa sahaja.
Baca lebih lanjut
Sijil Penyertaan Disediakan
Peserta akan menerima Sijil Penyertaan pada hari terakhir kursus.
Kursus Susulan
Kami akan menjadualkan 1 kursus susulan percuma untuk membantu anda meneruskan pembelajaran.
Baca lebih lanjut
Daftar Sekarang / Dapatkan Sebut Harga / Brosur Sekarang
Kursus Public/Dalam Talian
Peserta boleh menghadiri kursus di makmal komputer kami atau dalam talian. Bayar setiap seorang.
Drop us an email for latest updates.
Kursus In-House
Peserta boleh menghadiri kursus ini di pejabat anda bila-bila masa, di mana sahaja. Tiada had bilangan peserta. Hanya bayar mengikut bilangan hari!
MOF No: 357-02240271