Mengenai Kami
Kami menyediakan kursus profesional berkualiti tinggi yang memberi anda PENGALAMAN dan PENGETAHUAN yang bermanfaat
MU DOT MY PLT (Multimedia dan Open Source Academy) adalah sebuah syarikat berdaftar di Malaysia sejak tahun 2008. Kami menawarkan kursus praktikal berkualiti tinggi kepada agensi kerajaan, pelanggan korporat, sektor swasta, individu dan juga pelanggan antarabangsa (Arab Saudi, Pakistan, Brunei, Singapura).
Kami menyediakan ruang pembelajaran yang selesa bagi memastikan pembelajaran yang berkesan, berkualiti dan kemudahan berinteraksi dengan pengajar supaya para peserta menerima pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan memuaskan.
“Belajar Sambil Buat” adalah konsep utama kursus kami di mana ia membantu para peserta untuk memahami dan mengingati pembelajaran dengan berkesan agar kemahiran baru tersebut dapat dipraktikkan di tempat kerja.
Nilai Teras Kami
Nilai teras kami berfungsi sebagai kompas untuk tindakan dan tingkah laku korporat kami.
Pelanggan Diutamakan
Ketepatan
Komitmen
Inovasi
Kejujuran
Misi Kami
Pelan hala tuju kami bermula dengan misi berterusan. Misi sebagai sebuah syarikat yang berfungsi seperti pengukur kepada setiap tindakan dan keputusan kita.
- Memperkasakan pelanggan dengan pengetahuan yang membentuk dan memberi tunjuk arah kepada laluan perniagaan mereka
- Memperkasakan perniagaan dengan sistem dan servis yang memenuhi keperluan mereka
- Menyediakan perkhidmatan berkualiti yang memenuhi piawaian penyeliaan dan menaik taraf perkhidmatan
- Memastikan fleksibiliti dengan menyampaikan pelbagai pakej yang memenuhi keperluan dinamik pelanggan
- Mewujudkan persekitaran pembelajaran dengan memberikan pengalaman pembelajaran yang inovatif dan menarik untuk semua kakitangan dan pelajar
Visi Kami
- Menjadi penyedia kursus yang dipercayai dan menjadi pilihan pelanggan dengan menyediakan kursus dan berkembang memenuhi matlamat dan aspirasi syarikat.
Rakan kongsi & akreditasi
MU DOT MY PLT secara rasmi telah berdaftar dengan:
- SSM : LLP0002073-LGN
- MOF : 357-02240271
- HRD Corp : LLP0002073LGN
- SST : B16-1907-32000013