WordCamp Singapura 2017

WordCamp Singapura 2017

Pada 28 dan 29 Oktober 2017, WordPress Meetup Singapura telah mengadakan WordCamp Singapura buat kali ketiga yang bertempat di Suntec City Convention Centre, Singapura. WordCamp merupakan persidangan yang kasual dan santai yang meliputi segala-galanya yang berkaitan dengan WordPress, perisian penerbitan peribadi terbuka yang mengaktifkan lebih daripada 75 juta laman web di dunia. Acara ini disertai lebih daripada 240 orang peserta tempatan dan juga luar negara seperti Greece, Australia, Hong Kong, Jepun dan banyak lagi.

Sesi pendaftaran berlangsung pada awal pagi.

Sumber : @thotsunlimited

WordCamp Singapura pada kali ini telah melibatkan 2 sesi yang berbeza iaitu Conference Day dan Contributor & Workshop Day. Conference Day adalah sesi satu hari dimana ceramah mengenai WordPress yang akan disampaikan oleh speaker jemputan. Sesi ini menawarkan 2 trek ceramah yang menarik yang disampaikan oleh 20 speaker berbeza (12 speaker dari seluruh dunia dan 8 speaker lagi adalah warga tempatan). Tenaga pelajar kami, Cikgu Sam juga terpilih untuk memberikan ceramah mengenai aplikasi mobile. Tajuk beliau yang menarik, iaitu ‘Building your first Mobile Application with WordPress Backend’ membuatkan para peserta memenuhi ruang dewan semasa ceramah beliau dilangsungkan.

Sesi Contributor & Workshop Day telah dilangsungkan pada hari berikutnya. Sesi ini adalah sesi dimana komuniti akan menyumbangkan semula pengetahuan mereka kepada projek WordPress. Sesi ini tidak memerlukan sebarang pengalaman untuk anda menyertainya tetapi ia mengharapkan komitmen anda untuk memastikan WordPress terus berkembang di dalam komuniti yang sedia ada. Di WordCamp Singapura, sesi ini menjalankan 2 sesi bengkel untuk pertama kalinya dalam sejarah penganjuran mereka.

Cikgu Sam sedang memberikan ceramah yang bertajuk building your first Mobile App with WordPress Backend.

Sumber : @thotsunlimited

Antara peserta yang berminat dengan tajuk yang disampaikan oleh Cikgu Sam.

Sesi yang menarik di WordCamp Singapura, forum yang bertajuk “Ask me session”.

Ehtisham Siddiqui, salah seorang staff Automattic memberikan ceramah bertajuk “Securing your WordPress sites”.

PayPal, antara syarikat yang menjadi penyumbang untuk WordCamp Singapura 2017.

Antara cenderahati yang disediakan di WordCamp Singapura.

Sumber : @thotsunlimited

X